View: 2902|Reply: 18
|
[Tempatan]
Anak syarikat MBI Kedah diberi notis 9 bulan tak bayar gaji pekerja
[Copy link]
|
|
Edited by Abahmung at 15-3-2024 08:31 AM
Anak syarikat MBI Kedah diberi notis selesaikan tunggakan gaji pekerja
Oleh Mohd Iskandar Ibrahim - Mac 13, 2024 @ 1:56pm
bhnews@bh.com.my
PUTRAJAYA: Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JKTSM) sudah memberi notis kepada Kedah Agro Holdings Berhad untuk segera menyelesaikan isu tunggakan gaji kakitangannya.
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim, berkata anak syarikat kepada Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah itu didapati tidak membayar gaji sejak September tahun lalu.
"Saya sudah mendapat laporan JTKSM mengenai isu dan latar belakang kes itu. JKTSM sudah memberi notis kepada mereka sejak Januari lalu. Ia bercanggah dan melanggar Seksyen 19 Akta Kerja 1955.
"Notis (diberikan JTKSM) kepada majikan terbabit untuk membayar (tunggakan) gaji, dan mereka sudah berjanji akan memohon bantuan kerajaan negeri (Kedah)," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Inisiatif Caruman Percuma Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), di sini, hari ini.
Terdahulu, tular surat dalam media sosial yang didakwa dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Kedah berkait aduan isu bayaran gaji serta pengoperasian Kedah Agro Holdings.
Berdasarkan surat itu, Biro Pengaduan Awam Kedah dikatakan menerima maklum balas daripada Kedah Agro Holdings berhubung aduan yang dibuat ke atasnya.
Difahamkan, selain tunggakan gaji, syarikat berkenaan juga didakwa gagal menjelaskan tunggakan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Mengulas lanjut, Sim berkata, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) berpendirian setiap pekerja berhak ke atas gaji mereka, dan isu membabitkan gaji tidak boleh dikompromikan.
"Mereka (Kedah Agro Holdings) sudah berjanji akan meminta bantuan kerajaan negeri. Difahamkan, mereka akan mengadakan mesyuarat dengan Menteri Besar (Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor), hari ini.
"Mungkin selepas keputusan mesyuarat itu, kita akan membuat keputusan yang seterusnya kerana saya berharap kerajaan negeri mengambil berat perkara ini sebab ada 24 pekerja syarikat yang tidak dibayar gaji," katanya.
Beliau berkata, KESUMA mahu isu berkenaan diselesaikan secara berhemah dan tunggakan gaji kakitangan terbabit dapat dijelaskan segera.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tak sia-sia undi walaun.....
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Asal cmpny melayu je isu kerugian kemudian x bayar gaji pekerja bnd biasa. Btl lah melayu mmg x pndi run bisnes. Bisnes jual tanah rizab blh lah |
|
|
|
|
|
|
|
tak per lah...
busuk2 pon orang kite...
biaq lah...
kalo DAP yg buat...
baru ler melenting
|
|
|
|
|
|
|
|
dari kelantan kini turun ke kedah....biar rakyat susah janji pemimpin memakai kereta hebat. |
|
|
|
|
|
|
|
anggap lah fisabilillah..berjuang menentang kezoliman,
insya Allah rezeki Allah itu luas...
insya Allah akan di gantikan dgn rezeki yg lebih baik..
bg aku borang PAS Plis
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
otai_g replied at 14-3-2024 01:05 PM
Asal cmpny melayu je isu kerugian kemudian x bayar gaji pekerja bnd biasa. Btl lah melayu mmg x pndi ...
Bisnes jual tanah, Melayu memang pandai.
Tak pun jual minyak Lintah macam Daddyash |
|
|
|
|
|
|
|
salimrock replied at 14-3-2024 03:28 PM
anggap lah fisabilillah..berjuang menentang kezoliman,
insya Allah rezeki Allah itu luas...
Syarat penting kelayakan untuk menjadi ahli adalah kena ada tin milo sila submit gambar pegang tin bersama borang permohonan.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Takpe, karok dulu seround |
|
|
|
|
|
|
|
tripleid replied at 14-3-2024 07:09 PM
tahniah la dapat menteri besar bodoh |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan hebat sgt MB nih.. rupanya kain sendiri koyak |
|
|
|
|
|
|
|
Tu pun nak buat airport baru....
|
|
|
|
|
|
|
|
Rakyat bodo undi mb bodo.selayaknyalah..
ada hati nak tadbir negara kunun,tadbir negeri pon melingkop!
|
|
|
|
|
|
|
|
MB kami sempoi.... tiap tiap awal pagi MK kami berdakwah dengan berkaraoke.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Mcmana dorang belanja 9bln xde gaji ek |
|
|
|
|
|
|
|
Pengurus reramai tu buat apa.. takkan nak harap embi jadi micromanagement.. mana sempat nak karok memalam.. penat wei.. pengurus2 tu mengular kat ateh katil ke acaner? |
|
|
|
|
|
|
| |
|