CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 3890|Reply: 65

[Tempatan] Bazar Ramadan mahal? Menteri kata ‘pilihan di tangan pengguna’

[Copy link]
Post time 14-3-2024 01:39 PM | Show all posts |Read mode
Bazar Ramadan mahal? Menteri kata ‘pilihan di tangan pengguna’

https://www.freemalaysiatoday.co ... di-tangan-pengguna/

Mohamad Fadli
14 Mar 2024, 11:53 AM


Dalam tempoh dua hari Ops Pantau di bazar Ramadan sebanyak 3,009 premis diperiksa dan 11 kes dibuka siasatan.

Pengguna diminta membuat aduan yang spesifik supaya pemeriksaan di lokasi dinyatakan dapat dijalankan.

KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali, menasihatkan orang ramai menggunakan hak mereka dalam memilih harga berpatutan ketika membeli di bazar Ramadan.

Beliau berkata demikian selepas tular beberapa barangan di bazar Ramadan Taman Tun Dr Ismail (TTDI) yang dijual dengan mahal.

“Satu kes di bazar Ramadan TTDI apabila buat pemantauan memang ada harga karipap tinggi. Namun, akhirnya balik kepada pengguna untuk buat pilihan kerana di bazar TTDI masih ada karipap dijual harga jauh lebih rendah,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan tambahan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) yang ingin tahu status Ops Pantau di bazar Ramadan seluruh negara selepas mendapati ada penjual yang menaikkan harga barangan.

Dalam pada itu, Armizan meminta orang ramai membuat aduan yang spesifik supaya pemeriksaan di lokasi dinyatakan dapat dijalankan.

Katanya, tindakan itu lebih baik daripada menularkan harga barangan tersebut.

Menurutnya, dalam tempoh dua hari Ops Pantau sebanyak 3,009 pemeriksaan premis dijalankan dan 11 kes dibuka siasatan.

“Enam kes melibatkan pencatutan. Kita keluarkan notis peniaga tersebut untuk menjawab beri maklum balas tentang harga ditawarkan,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2024 02:10 PM | Show all posts
boikot puasa.... boikot raya... karipap tak jadi mahal kalau bukan sebab puasa... puasa punca negara haru biru kecoh harga skyrocket
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 02:13 PM | Show all posts
kalau boleh boikot mcdonald. starbuck, etc...boikot bazar ramadan ni is a piece of cake
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 02:24 PM | Show all posts
tahun ni nasi arob terkemuka belum meroyan lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 02:24 PM | Show all posts
tak payah lah sampai nak boikot, kesian kat peniaga bazar, diorang cari rezeki, periuk nasi orang kot. tak baik...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
mohon setiap gerai kt bazar..letak 1 tabung..#TakBeliSedekahPonBoleh.
Untuk elakkan berdosa..dh la beli mahai.. tak sedap...la pulok....lalu menyumpah seranah peniaga...
                       
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-3-2024 04:24 PM | Show all posts
Penuh je bazar skrg ni. x der la mahal mana pun.
Mungkin kereana promosi di media2 social oleh netizen, harga BARANG NAIK sejak tahun lepas. JAdi impak terkejut/suprise dah tak ada bulan puasa tahun ni.
Jadi kita belanja di mana2 pun dah REDHA harga barang lebih mahal dari bulan/tahun lps.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Peniaga bazar tempat aku ni cerita hari pertama berniaga ramai orang datang membeli. Masuk hari ke kedua, sendu. Peniaga kuih yang kesian. Mereka bagi kuih yang tak dijual sesama sendiri di bazar tu. Itu cerita dia la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2024 06:53 PM | Show all posts
Benda ni pun tunggu keluar dari mulut menteri. Padan lah dapat menteri kangkung dan mentaliti rakyat pun suka merengek padahal kuasa di tangan mereka. Katanya lah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 14-3-2024 02:24 PM
tahun ni nasi arob terkemuka belum meroyan lagi..

Kesian tenggelam dia ngn kurma butter
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
bebulu replied at 14-3-2024 06:36 PM
Peniaga bazar tempat aku ni cerita hari pertama berniaga ramai orang datang membeli. Masuk hari ke k ...

Ini normal sbb dorang nk rasa dulu maybe tak kena kat tekak so dah tamo la beli nak plak kalau yg harga mahal
Kalau sedap walau harga mahal org akan beli juga
Dulu selalu ada murtabak singgit, hari pertama panjang org beratur
Hari seterusnya dh takda sbb memasing dah tak koser nak bazirkan duit walau seringgit tuk mknn yg tak sedap.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
_blackbird replied at 14-3-2024 02:10 PM
boikot puasa.... boikot raya... karipap tak jadi mahal kalau bukan sebab puasa... puasa punca negara ...

Kedai yg I biasa beli food n harga macam reasonable..tetiba bln puasa jadi harga yahudi... agaknya tunggu bulan puasa je dia org ni nk naikkan harga...tapi I pun pelik..knp bln puasa je org start nk beli makan melebih2..pada I sama je mcm bln tak puasa...bkn larat pun nk makan byk2
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
matseh replied at 14-3-2024 04:24 PM
Penuh je bazar skrg ni. x der la mahal mana pun.
Mungkin kereana promosi di media2 social oleh neti ...

U kat bandar mana?
Kalau Klang valley mmg mahal
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 09:40 PM | Show all posts
senang je keje menteri
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 09:55 PM | Show all posts
_blackbird replied at 14-3-2024 02:10 PM
boikot puasa.... boikot raya... karipap tak jadi mahal kalau bukan sebab puasa... puasa punca negara ...

Hanya kerana harga makanan di pasar ramadhan mahal, maka awak menganjurkan agar  memboikot puasa? Wajarkah begitu?Awak ada idea yg lebih ideal agar muslimin tetap berpuasa tanpa memerdulikan harga makanan di pasar ramadhan mahal?





Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
songket_merah replied at 14-3-2024 02:24 PM
tak payah lah sampai nak boikot, kesian kat peniaga bazar, diorang cari rezeki, periuk nasi orang ko ...

Tak suka pergi bazar...menguji kesabaran di bulan puasa.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2024 10:06 PM | Show all posts
Betul apa menteri tu kata...kalau kau tak mampu, buat cara tak mampu, pi masak kat dapur sana...peniaga tu pun x letak pisau kat leher paksa beli..kalau mcd/kfc/starbucks kau boleh boikot sampai tokey merayu suruh kau dtg membeli, ni masuk bazar ramadan tetiba rasa tertipu dan tak boleh berbuat apa2...bukan tak ada pilihan lain kat bazar tu..kalau dah semua tak kena, google aje la resepi masak sendiri...tak susah mana pun

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
bebulu replied at 14-3-2024 06:36 PM
Peniaga bazar tempat aku ni cerita hari pertama berniaga ramai orang datang membeli. Masuk hari ke k ...

Jual minyak lintah je lah

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 10:16 PM | Show all posts
so zaman najib dulu, harga barang naik bukan sebab najib sengaja nak tengok rakyat susah ke?

shocking
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 10:17 PM | Show all posts
bebulu replied at 14-3-2024 06:36 PM
Peniaga bazar tempat aku ni cerita hari pertama berniaga ramai orang datang membeli. Masuk hari ke k ...

Sedar dgn kenaikan harga makanan, pembeli berhati2 dn berkira2 untuk membeli.  Peniaga harus berkira2 juga berapa jumlah kueh-mueh yg boleh disediakan untuk jualan, jgn terlalu eksaited mengira2 nak raih untung maka dibuatlah kueh banyak2 kemudian tak laku. Sudahnya harus sedeqah sana-sini, tak balek modal malah rugi. Sentimen dn laungan harga makanan naik menimbulkan impak saikologi pembeli. Harga kueh mahal dgn tiada jaminan sedap membuat pembeli ragu2 melainkan memang melanggan.
Di luar Ramadhan, tak ade kesah pulak nak beli segala nika kueh-mueh ni, tapi bila puasa, dugaan nak rasa itu-ini naik pulak grafnya  ye.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.068230 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list