CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3676|Reply: 28

[Tempatan] Pengunjung bazar dipaksa beli sup daging, terkejut ada telur lalat. #15, Boleh beritahu ada telur lalat tapi kenapa tularkan – Peniaga sup

[Copy link]
Post time 14-3-2024 01:49 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 15-3-2024 04:30 AM

Pengunjung bazar dipaksa beli sup daging, terkejut ada telur lalat

https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... ut-ada-telur-lalat/

Oleh KOSMO!
14 Mac 2024, 12:17 pm


GAMBAR dimuat naik yang menunjukkan telur lalat di bahagian tulang sup daging dibeli di sebuah bazar di Semabok, Melaka.

MELAKA – Seorang pengunjung bazar meluahkan rasa kecewa dengan tindakan peniaga di Semabok dekat sini yang didakwa enggan memulangkan baki wang diberikan dan memaksanya membeli dua bekas sup daging, semalam.

Lebih mengejutkan adalah apabila juadah tersebut turut didapati mempunyai telur lalat di bahagian tulang yang dibungkuskan.

Menerusi hantaran dimuat naik di Facebook, pengunjung tersebut memberitahu dia yang dalam perjalanan dari Johor Bahru telah singgah di bazar tersebut kerana teringin menikmati juadah sup daging kawah untuk berbuka puasa.

Tulisnya, juadah itu dijual pada harga RM5 sebekas dan dia telah menghulurkan wang RM10 untuk membeli cuma satu bekas, namun peniaga tersebut berkeras memintanya membeli dua bekas serta enggan memulangkan baki.

“Saya cuma nak satu bekas saja sebab hanya saya seorang yang nak makan, penjual ini tetap berkeras dengan memberikan saya satu lagi bekas sup kosong tanpa isi daging.

“Saya masih menunggu baki pulang saya tetapi pakcik ini tetap jual dua bekas tanpa daging pada saya dengan (harga) RM10, saya akur.

“Baliknya saya ke rumah nak berbuka puasa, lihat lah telur lalat selesa tinggal di dalam tulang. Ini ke yang dikatakan sedap? Daging berbau. Saya sangat terkilan dan kecewa. Mohon sesiapa yg nampak hantaran saya ini, kirimkan salam saya pada penjual. Kita jumpa di akhirat,” tulisnya.

Hantaran dimuat naik itu telah mengundang pelbagai reaksi dengan rata-rata pengguna turut meluahkan rasa kecewa dengan tindakan mementingkan diri sendiri oleh peniaga.

Seorang pengguna turut berkongsi pengalamannya membeli martabak daging di bazar sama pada harga RM7 sekeping dan kecewa apabila mendapati juadah itu hanya mempunyai isi bawang serta kentang.

“Niat nak makan martabak daging sebab kegemaran saya, jadi beli satu di gerai murtabak daging RM7, isi daging tak ada, yang ada bawang dan kentang. Berniaga la dengan ikhlas ya, jangan nak untung cepat sangat pergi haji,” luahnya.

Sementara itu, Kosmo! sedang cuba mendapatkan penjelasan peniaga terbabit mengenai dakwaan berkenaan. -KOSMO! ONLINE.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2024 02:12 PM | Show all posts
kesian n good luck to bazarians
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 02:14 PM | Show all posts
dulu2 kan kalau aku beli kat bazar ni kalau tak sedap ke basi ke esok nya aku mmg purposely dtg semula ke gerai aku beli tu utk bgtau setepek kat muka dia. yaa peniaga tak suka ya buat begini, sebab bila aku ckp kuat2 setepek depan muka dia. customer yg tgh pilih2 tu terus chow tak jadi beli. adan uka huhuhuh
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib murtabak dging aku dok beli nek singgit jd 5ringgit.
Rasa sama & dging kasar² bukan byk syr jaa.
Ni gerai aje juai rm7, aku beli kt restoren.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 02:37 PM | Show all posts
lauk ayam saiz burung puyuh + sayur kangkung + nasi sejumput saiz nasi lemak
=RM11
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 02:40 PM | Show all posts
_blackbird replied at 14-3-2024 02:14 PM
dulu2 kan kalau aku beli kat bazar ni kalau tak sedap ke basi ke esok nya aku mmg purposely dtg semu ...

Eh eh I grew up macam tu juga.  Kalau makanan tu macam dah rosak ke apa i akan pergi balik and bgtau peniaga.  Dia usually akan ganti la.  Tapi sekarang maybe sebab kuasa viral kan tu lain sikit.  tapi memang until today, i akan still pergi ke kedai tu bgtau, tak koser nak viral2 kan...gentleman la sikit kan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-3-2024 03:26 PM | Show all posts
itu tak berkenan sangat dengan kedai sup utara, yang pesen lauk dia lambak atas penutup periuk tu

takut jadi gini lar
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 03:27 PM | Show all posts
Samerosie replied at 14-3-2024 02:40 PM
Eh eh I grew up macam tu juga.  Kalau makanan tu macam dah rosak ke apa i akan pergi balik and bgt ...

aku pon tak kuasa nak viral2 nih. biasa aku tak puas hati aku terus bg setepek depan muka penjual tu, beza cuma tone suara aku kuat atau perlahan je. even kalau mahal ke salah order ke apa ke aku terus settle dan verify kat situ jugak. ahahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2024 09:26 PM | Show all posts
Aku pernah pergi balik kedai yang jual goreng2 cucuk tu sebab dah berbau (mungkin dia goreng & panas kan banyak kali) tau apa dia jawab? Owh yeke. Tu je. Takde sorry takde justification pape. Sakai betul. Memang aku banned dah
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
_blackbird replied at 14-3-2024 02:14 PM
dulu2 kan kalau aku beli kat bazar ni kalau tak sedap ke basi ke esok nya aku mmg purposely dtg semu ...

Garang nye acik
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
dekmieDandy replied at 14-3-2024 03:26 PM
itu tak berkenan sangat dengan kedai sup utara, yang pesen lauk dia lambak atas penutup periuk tu

t ...

Betul....for sure ni sup utara.

Aku pun tak suka sangat sebab isi tu semua dia display tak tutup.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 10:23 PM | Show all posts
No wonder ramai kena tipu dgn scammer online...sedangkan yg depan mata pun ada yg tak mampu berkata tidak..next time jgn berlembut sgt dgn peniaga dik..kalau nak beli satu bekas, satu bekas je lah...jgn takut2 sebab duit tu you punya...dia tak bagi balik you ugut call polis time tu juga


Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 10:29 PM | Show all posts
kalau kena dgn penjaja tamak macam pakcik tu patutnya mintak balik rm10 & pulang balik sup tadi.org tamak mcm tu wajib diajar
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
c===8 replied at 14-3-2024 10:29 PM
kalau kena dgn penjaja tamak macam pakcik tu patutnya mintak balik rm10 & pulang balik sup tadi.org  ...

Kadang kadang apa yang kita suka makan tu belum tentu laku untuk dijual.

Masa bulan Ramadhan mula lah beriya nak tunjukkan apa makanan kita waktu bulan puasa.

Bulan puasa suka buat sup tulang jadi nak jual sup tulang.

Bila jual tak laku sebab dari segi culture tak sama walaupun sesama Melayu.

Jadi tak perlu lah bawa culture family kita dari dapur rumah ke kedai bazar Ramadan....konon rasa² akan sangat laris.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2024 12:29 PM | Show all posts
Boleh beritahu ada telur lalat tapi kenapa tularkan – Peniaga sup

https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... larkan-peniaga-sup/

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA dan MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
15 Mac 2024, 11:15 am


Gambar yang tular menunjukkan telur lalat di bahagian tulang sup daging.

MELAKA – Peniaga yang didakwa memaksa seorang pengunjung bazar di Semabok dekat sini membeli dua mangkuk sup daging dipercayai mempunyai telur lalat telah memulangkan wang pelanggan berkenaan.

Menurut Samsudin Jaafar, 69, kejadian itu adalah yang pertama kali berlaku sepanjang dia menjalankan perniagaan berkenaan selama 25 tahun.

Ujarnya, dia mengakui pihaknya mungkin tidak menyedari kehadiran telur lalat itu dan perkara tersebut boleh dimaklumkan terus kepadanya tanpa perlu menularkan di laman sosial.

“Saya akui, mungkin kesilapan saya tak perasan ada telur lalat dalam sup daging, tapi bukanlah sebab sup itu sudah berbau kerana tiada aduan daripada pelanggan lain.

“Anak saya pun dah pulangkan RM10 duit pelanggan berkenaan semalam, cuma saya kesal perkara itu tidak dimaklumkan kepada saya dan perlu ditularkan sehingga ramai kenalan dan pelanggan tetap saya terkejut,” ujarnya.


PAPARAN harga RM10 bagi sup daging yang dijual.

Jelasnya lagi, dia tidak pernah memaksa pelanggan tersebut membeli dua mangkuk sup dan enggan memulangkan baki, sebaliknya satu mangkuk sup itu sememangnya dijual pada harga RM10.

“Harga sebekas dijual pada harga RM10 dan bukannya RM5 seperti didakwa dan sup kosong sebekas yang diberikan anak secara tidak sengaja.

“Ada juga rakan saya menawarkan khidmat guamannya untuk membawa kes ini ke mahkamah, tetapi saya menolaknya secara baik kerana kes ini kecil walaupun ia mengganggu emosi saya,” ujarnya.

Tambahnya, dia hanya berharap kejadian yang terjadi menjadi pengajaran kepada orang ramai supaya memilih untuk menegur dengan cara lebih baik dan bukannya menularkannya di media sosial.

Semalam, Kosmo! melaporkan seorang pengunjung bazar meluahkan rasa kecewa dengan tindakan peniaga di Semabok dekat sini yang didakwa enggan memulangkan baki wang diberikan dan memaksanya membeli dua bekas sup daging, kelmarin.

Lebih mengejutkan adalah apabila juadah tersebut turut didapati mempunyai telur lalat di bahagian tulang yang dibungkuskan. – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
“Harga sebekas dijual pada harga RM10 dan bukannya RM5 seperti didakwa dan sup kosong sebekas yang diberikan anak secara tidak sengaja."

pulak dah..
takkan takde komunikasi (bertekak) pasal harga ni??kastemer yg pening ke peniaga putar alam??? tiba2 bg sup kosong baik hati nau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2024 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Peniaga tu kata sup daging tapi akak tak nampak daging pun. Cuma lemak dan telur lalat.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 14-3-2024 09:38 PM
Garang nye acik

Ofkos la. Bab makan jgn main2 eh. Hihihi. Aku mmg tak puas hati kalau org sambil lewa melibatkan food preparation. Kalau nak main2 jgn jual makanan la.. jual diri jer
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
_blackbird replied at 15-3-2024 01:27 PM
Ofkos la. Bab makan jgn main2 eh. Hihihi. Aku mmg tak puas hati kalau org sambil lewa melibatkan f ...

Betul la..iols pantang kalau orang hidang makanan guna pinggan plastik atau melamine.

Nak kena dari seramik atau kaca juga...kalau bekas rotan alas dengan daun atau kertas pun okey.

Cuma tak suka orang tu hidang makanan dgn alas yg fake..plastik dan macam tak ikhlas.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 03:46 PM | Show all posts
boleh repot pada KPDN
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:35 PM GMT+8 , Processed in 0.070134 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list