CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2406|Reply: 0

[Kelantan] Beras putih tempatan di Kelantan tiada, hanya beras import dijual

[Copy link]
Post time 14-3-2024 02:11 PM | Show all posts |Read mode

Tinjauan di beberapa pasar raya dan kedai runcit di daerah Kota Bharu mendapati bekalan beras putih tempatan tiada dan sebaliknya hanya beras import sahaja dijual. - Foto NIK ABDULLAH NIK OMAR

KOTA BHARU: Bekalan beras putih tempatan di Kelantan masih belum stabil kerana ia masih sukar diperoleh.

Tinjauan yang dilakukan di beberapa pasar raya dan kedai runcit di daerah ini mendapati bekalan beras putih tempatan tiada dan sebaliknya hanya beras import sahaja dijual.

Pada masa sama, tinjauan juga mendapati beras putih gred baharu iaitu beras putih Malaysia Madani setakat ini masih belum dijual walaupun ia dijangka berada di pasaran bermula 1 Mac lalu.

Pengurus Cawangan 3, Mydin Mall Tunjung, Zaidi Hamat, berkata isu ketiadaan bekalan beras putih tempatan berlanjutan sejak lebih sebulan lalu.



"Bagaimanapun, bekalan beras import tiada masalah dan pembeli tidak ada pilihan apabila mereka terpaksa membeli bekalan beras ini untuk keperluan keluarga walaupun harganya agak mahal berbanding beras tempatan.

"Saya berharap masalah bekalan ketiadaan bekalan beras putih tempatan dapat diatasi dengan segera," katanya.

Sementara itu, seorang peniaga runcit, Abd Aziz Ghulam Qader, 31, berkata, permintaan beras putih tempatan memang tinggi disebabkan harganya lebih murah.

"Namun sudah beberapa bulan tidak ada stok dan ramai pelanggan yang mencari beras putih tempatan, tetapi nak buat macam mana bekalan tidak ada.

"Justeru, saya mengharapkan kerajaan memperbanyakkan stok beras tempatan agar golongan B40 dapat membelinya apatah lagi ia adalah makanan asas dan perlu berjimat cermat dalam keadaan ekonomi sekarang," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... beras-import-dijual

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:41 PM GMT+8 , Processed in 0.082725 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list