CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13383|Reply: 0

[Kelantan] Rantau Panjang, Tumpat 'lubuk rezeki' penyeludup bahan api

[Copy link]
Post time 14-3-2024 05:04 PM | Show all posts |Read mode
Rantau Panjang, Tumpat 'lubuk rezeki' penyeludup bahan api

OlehHAZELEN LIANA KAMARUDIN

14 Mac 2024 04:17pm








KPDN Kelantan tidak nafikan jajahan Rantau Panjang dan Tumpat di negeri ini merupakan lubok rezeki kepada penyeludup bahan api bersubsidi.




KOTA BHARU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan tidak menafikan jajahan Rantau Panjang dan Tumpat di negeri ini merupakan lubuk rezeki kepada penyeludup bahan api bersubsidi.

Pengarahnya, Azman Ismail berkata, aktiviti menjual 'hak milik' rakyat tempatan kepada negara jiran adalah punca pendapatan kepada sesetengan penduduk.



Menurut beliau, kesempatan itu diambil apabila terdapat 48 buah stesen minyak pada radius 25 kilometer (km) dari sempadan negara.

"Setakat ini hasil tangkapan serta serbuan yang dilakukan kami, penyeludup paling muda ialah berusia 16 tahun.



"Malah ada yang melibatkan pasangan suami isteri mencari rezeki dengan cara ini.

"Dengan upah sekitar RM30 hingga RM50 setiap trip sudah tentu ia satu tawaran yang menarik.

"Lebih-lebih lagi permintaan tinggi dari negara jiran kerana di sana bahan api dijual pada harga mahal," katanya kepada Sinar Harian.

Menurut beliau, pemantauan sentiasa dilakukan malah serbuan serta operasi yang dibuat turut mengancam nyawa anggota penguat kuasa.






Anggota penguat kuasa memeriksa kenderaan yang diubah suai untuk penyeludupan bahan api.




Ujarnya, ini kerana ada dalam kalangan penyeludup mempunyai senjata api, selain bertindak agresif seperti membaling kon serta menghalang tugas pihak berkuasa.

Mengulas lanjut Azman memberitahu, ada penyeludup yang mengubah suai tangki kereta dan kebanyakkannya ditangkap di stesen minyak.




"Bagi yang membeli bahan api secara legal atau tidak diisi ke dalam tong jerikin, ia adalah bukan satu kesalahan.

"Ini kerana ada dalam kalangan mereka yang tidak ubah suai tangki minyak dan membeli seperti biasa.

"Ia menjadi kesalahan apabila bahan api yang diisi tadi dibawa ke pangkalan haram untuk dijual," katanya.

Beliau memberitahu, begitu juga dengan kenderaan asing yang memasuki sempadan negara terutamanya di Rantau Panjang, mereka hanya boleh mengisi sekitar 20 liter bahan api sahaja.

Ujar Azman, sebaliknya berlaku apabila mereka membuat pengisian berulang.

"Bagaimanapun semua ini kita sentiasa pantau dan ambil tindakan jika dilihat menyalahi undang-undang," katanya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:55 PM GMT+8 , Processed in 0.083476 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list