CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11686|Reply: 0

[Kelantan] Kereta langgar pokok, suami maut, tiga termasuk bayi parah

[Copy link]
Post time 14-3-2024 08:08 PM | Show all posts |Read mode
Kereta langgar pokok, suami maut, tiga termasuk bayi parah


Nor Amalina Alias
am@hmetro.com.my



KEADAAN kenderaan dinaiki empat individu terbabit kemalangan menyebabkan seorang terbunuh, dan tiga termasuk bayi tujuh bulan parah. FOTO Ihsan Polis




Bachok: Lelaki maut manakala isteri, bayi berusia tujuh bulan dan kenalannya parah dalam kejadian kemalangan di Jalan Beris Lalang, Bachok, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 9.15 malam tadi, mangsa, Muhammad Fakhrur Razi Abdullah@Awang, 28 meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala.

Sementara isteri mangsa, Mirna Situmorang warga Indonesia, 25 tahun dan anak, Fatimah Azzahra, tujuh bulan parah dengan patah paha serta retak tulang belakang dan retak kepala bahagian belakang.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, kedua-dua mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Kota Bharu.

Katanya, turut cedera parah, kenalan keluarga itu iaitu Adam Hakimi Ahmad Saiful Mahlil, 19 yang mengalami pendarahan di dalam kepala, hati dan limpa luka.

"Mangsa kini sedang ditidurkan dan dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa memandu kereta jenis Honda City bersama tiga penumpang dalam perjalanan dari Jelawat hendak pulang ke rumah di Lorong Tok Merbok Kampung Nering, Pasir Puteh.

"Apabila sampai di jalan selekoh tajam Kampung Beris Lalang, pemandu hilang kawalan semasa mengambil selekoh ke kiri dan memasuki laluan bertentangan.

"Mangsa bertindak masuk semula ke laluannya tetapi gagal mengawal kenderaan hingga terbabas ke bahu jalan sebelah kiri dan merempuh sebatang pokok," katanya.

Mohamad berkata, penelitian awal di lokasi kemalangan mendapati jalan selekoh dan kereta mangsa terbabas kira-kira 50 meter selepas selekoh, cuaca baik dan gelap berlampu.

"Mangsa disahkan maut di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh untuk bedah siasat," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.



Disiarkan pada: Mac 14, 2024 @ 7:07pm








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:26 PM GMT+8 , Processed in 0.067919 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list