CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4734|Reply: 0

[Kelantan] Ayam percik naik kapal terbang setiap kali Ramadan

[Copy link]
Post time 15-3-2024 09:25 AM | Show all posts |Read mode
Ayam percik naik kapal terbang setiap kali Ramadan


Syaherah Mustafa
am@hmetro.com.my



Pengusaha Ayam Percik Kak Jah, Wan Marini Wan Mohd Nazi, 41 membakar tempahan ayam percik yang yang ditempah pelanggan. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR




Pasir Mas: Ayam percik menggunakan resipi turun temurun ternyata bukan sahaja laris terjual sepanjang Ramadan, malah ada pelanggan yang sanggup menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Kelantan untuk mendapatkannya.

Pengusaha Ayam Percik Kak Jah, Wan Marini Wan Mohd Nazi, 41, berkata tindakan membeli tiket pergi dan balik dalam masa sehari dilakukan beberapa pelanggan tetapnya yang menetap di Kuala Lumpur, demi merasai ayam percik sebagai lauk utama untuk berbuka.

Katanya, dia sendiri tidak menyangka menerima sambutan luar biasa tetapi majoriti pelanggan menyukai ayam percik resipi neneknya itu kerana tekstur daging ayam yang lembut serta cukup rasa.

"Pada hari biasa, saya hanya menjual percik menggunakan 60 ayam namun sepanjang bulan Ramadan, bilangannya terpaksa ditambahkan sehingga 250 ke 300 sehari susulan mendapat permintaan tinggi.

"Biasanya, seawal jam 11 tengah hari, sudah ada puluhan pelanggan yang beratur walaupun perniagaan dimulakan sejam kemudian.

"Saya mengekalkan cara pembuatan kuah percik sama seperti resipi arwah nenek, serta memastikan lauk tidak kira ayam atau ikan dibakar segar secara tradisional menggunakan arang bagi mengekalkan keaslian rasanya," katanya ketika ditemui di Kedai Kak Jah Ayam Percik miliknya berdekatan Jalan Salor, di sini, semalam.

Wan Marini yang juga generasi kedua yang mengusahakan perniagaan terbabit berkata, ayam percik dijual pada harga RM9 manakala ikan percik pada harga serendah RM6 sehingga RM18, bergantung kepada jenis ikan.

Menurutnya, dia yang dibantu suami, Saiful Izam Yasok, 42, menjaga kualiti kuah percik dan menyediakan sendiri menggunakan 100 peratus santan dan ia dimasak sehingga tujuh jam.

"Kami pastikan kuah percik dibuat sepenuhnya daripada santan dan tidak dicampur air atau tepung yang mungkin dilakukan oleh segelintir peniaga. Kami mahu jaga kualiti produk supaya ia terus kekal lama dan menjadi pilihan pelanggan.

"Sepanjang Ramadan, saya dibantu 25 pekerja. Setakat ini, ayam percik saya dijamin baik walaupun dalam tempoh 24 jam serta boleh tahan lebih lama jika disimpan dalam peti ais," katanya.



Disiarkan pada: Mac 15, 2024 @ 8:16am








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:24 PM GMT+8 , Processed in 0.073060 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list