CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4796|Reply: 9

[Tempatan] Akhirnya PAS bayar hutang RM659,000 pada bekas pencetak Harakah

  [Copy link]
Post time 15-3-2024 10:27 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 15-3-2024 10:32 AM

PAS bayar hutang RM659,000 pada bekas pencetak Harakah
N Faizal Ghazali
Diterbitkan:  Mar 15, 2024 9:14 AM



PAS akhirnya melunaskan sejumlah hutang bernilai lebih RM659,000 kepada bekas pencetak, iaitu akhbar rasmi parti itu seperti yang diputuskan mahkamah.

Menurut sumber, pembayaran dibuat melalui serahan cek kepada peguam yang mewakili NAJ Press Resources (M) Sdn Bhd pada 7 Mac lalu.

Pada 5 Dis tahun lalu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membenarkan tawaran NAJ Press Resources untuk penghakiman ringkas (keputusan tanpa perbicaraan penuh), dan memerintahkan PAS serta dua yang lain membayar RM656,233.69 kepada pencetak itu.

PAS bagaimanapun memfailkan rayuan pada 14 Dis.

Sementara itu peguam yang mewakili NAJ Press Resources Putra Taulan Rasul ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Malah katanya PAS juga menarik balik rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

”Pihak PAS sudah buat bayaran penghakiman dan telah menarik balik rayuan. Pihak kami juga mengetepikan faedah,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Terdahulu tular satu surat dikeluarkan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan memohon sumbangan selamatkan Harakah biayai perintah pembayaran mahkamah kepada NAJ Press Resources.


Surat bertarikh 5 Feb lalu itu memohon sumbangan antara RM3,000 hingga RM5,000 daripada PAS kawasan, sayap-sayap dan PAS negeri.

Bagaimanapun kesahihan surat tersebut tidak dipastikan selepas beberapa pimpinan PAS dihubungi tidak memberikan sebarang respons.

Untuk rekod, pada Ogos 2019 Malaysiakini mendedahkan mengenai pertikaian hutang yang melibatkan Harakah dan dua pencetaknya pada masa itu - Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd dan NAJ Press Resources.

Jumlah hutang dengan Angkatan Edaran dikatakan berjumlah lebih RM2 juta, namun syarikat itu telah diisytiharkan muflis.

Bagaimanapun, pengurusan yang sama menubuhkan NAJ Press Resources sebagai pengganti dan terus mencetak Harakah ketika itu.

Firma guaman Putra Taulan & Faiq Azizan mewakili NAJ Press Resources.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2024 10:35 AM | Show all posts
Malu lah weyyyyyy.....walaun..walaun!


Terdahulu tular satu surat dikeluarkan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan memohon sumbangan selamatkan Harakah

Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 10:43 AM | Show all posts
Apadehal..tin milo kan ado



Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2024 12:58 PM | Show all posts
Tahniah sebab  berjaya melunaskan hutang atas perintah mahkamah, jika tiada perintah mahkamah adakah hutang tersebut akan dilunaskan?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2024 01:46 PM | Show all posts
Surat bertarikh 5 Feb lalu itu memohon sumbangan antara RM3,000 hingga RM5,000 daripada PAS kawasan, sayap-sayap dan PAS negeri.


Tin Melo...?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2024 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Riba hutang itu tak ikut agreement agaknya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2024 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Supersirap replied at 16-3-2024 12:58 PM
Tahniah sebab  berjaya melunaskan hutang atas perintah mahkamah, jika tiada perintah mahkamah adakah ...

Memang takla..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2024 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok la dah  bayar hutang walaupun punca tak bayar sebab dispute kerja2 percetakan yg tak bayar dibuat tanpa pengetahuan Harakah oleh geng yg dah masuk PAN. Salahguna nama Harakah.

So sekarang kerajaan PMX pulak bila nak bayar hutang lebih RM 1 billion kat kerajaan Terengganu?

Jangan hutang 659K meroyan & pandai guna dalil kewajipan bayar hutang, tapi yg hutang 1 billion tiba2 buat senyap. Nampak sangat perangai munafik di situ
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2024 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by BartholomewKuma at 16-3-2024 05:55 PM

Allah perintah bayaq hutang jangan dok buat naya kat orang PAS tak mau bayaq.

Mahkamah perintah bayaq hutang jangan dok buat naya kat orang baruuu PAS bayaq.

PAS lebih takut mahluk dari takut Allah. Semua hat ada dalam PAS hipokrik nak mampuihhh.

Membangun bersama islam apa benda lagu nii??? Mangkaq semua ni barua nak harammmmm
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2024 11:06 PM | Show all posts
Perwira2022 replied at 16-3-2024 03:57 PM
Ok la dah  bayar hutang walaupun punca tak bayar sebab dispute kerja2 percetakan yg tak bayar dibuat ...

menggelupor walaun cari porem tolong cuci taikk


kahkahkahkah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:25 PM GMT+8 , Processed in 0.061107 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list