CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5012|Reply: 7

[Tempatan] MP Ketereh dakwa kerajaan tawar Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) bersyarat kepada kepada ketua pembangkang Hamzah Zainudin, sebagai balasan untuk peruntukan bagi kawasan yang dikuasai PN

[Copy link]
Post time 15-3-2024 03:02 PM | Show all posts |Read mode
MP Ketereh dakwa kerajaan tawar CSA bersyarat kepada Hamzah

https://www.malaysiakini.com/news/699492

Diterbitkan:  Mar 15, 2024 2:36 PM⋅
Dikemaskini: 2:36 PM



Seorang ahli parlimen Bersatu mendakwa kerajaan menawarkan Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) kepada ketua pembangkang Hamzah Zainudin sebagai balasan untuk peruntukan bagi kawasan yang dikuasai Perikatan Nasional (PN).

“Sudah ada tawaran tandatangan untuk menyokong. Ada syarat-syaratnya. Kalau cakap macam itu (beri sahaja peruntukan) tidak mengapa, masalahnya ada syaratnya. Kalau syaratnya ketat bagaimana?” kata Ahli Parlimen Ketereh Khlir Mohd Nor, seperti dilapor Utusan Malaysia.

Dia berkata ahli parlimen pembangkang tidak bercadang untuk bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri Fadilah Yusof berhubung peruntukan itu selagi kerajaan mengenakan syarat.

Khlir berkata kerajaan tidak sepatutnya memasukkan syarat khusus untuk ahli parlimen menerima peruntukan itu.

“Kalau pun kami mahu peruntukan ini, kami hanya akan pergi secara konsensus Perikatan Nasional (PN) dan bukan secara perseorangan,” katanya.

November lalu, Anwar memberitahu Dewan Rakyat bahawa menyokong perdana menteri bukan syarat untuk peruntukan sama rata untuk ahli parlimen.

"Saya ingin menjelaskan supaya rakyat faham. Saya tidak menyekat peruntukan untuk mana-mana wakil rakyat.

“Apa yang saya mahu peraturan itu dihormati dan mengadakan perbincangan untuk peruntukan seperti yang dilakukan semasa pentadbiran dahulu.

"Tiada pra-syarat atau syarat bahawa sokongan mesti diberikan kepada perdana menteri," katanya.

Anwar juga kecewa kerana pembangkang menurutnya telah memanipulasi isu itu dan mengulangi komitmennya untuk menyediakan peruntukan sama rata kepada semua ahli parlimen seperti yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya Pakatan Harapan.

Ketua whip pembangkang Takiyuddin Hassan menuduh perdana menteri menggunakan peruntukan itu untuk mendapatkan sokongan daripada ahli parlimen tertentu.

Dia berkata dana pembangunan kawasan itu perlu diberikan kepada ahli parlimen tanpa mengira fahaman politik mereka.

Setakat ini, enam ahli parlimen Bersatu telah menyatakan sokongan kepada kepimpinan Anwar.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2024 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Benar sungguh kata oghe Kelate, negeri Kelate mundur dan tiada air kerana diskriminasi kerajaan pusat. Kalau macam ini, PAS akan semakin berpengaruh dan bertambah kuat, bukan semakin lemah. Walanon berbicara perihal kereta Mercedes, nyo jebeh tonye la ko oghe Kelate!
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 04:40 PM | Show all posts
kalo mcm nie..baik xyah memerintah, nak salur bantuan pon ada syarat2

sebelom nie dieorang yg fight pasal keadilan....
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 06:51 PM | Show all posts
card_reader replied at 15-3-2024 12:40 PM
kalo mcm nie..baik xyah memerintah, nak salur bantuan pon ada syarat2

sebelom nie dieorang yg fight ...

Adil la tu, masa mail sabri jadi pm, gang pn jadi menteri pembangkang sanggup jer pergi jumpa berbincang, salah satu syarat jangan nak sebuk tukar kerajaan. Sebab tu kerajaan 33 bulan tak dganggu gugat dgn berbagai langkah...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
kelana36 replied at 15-3-2024 06:51 PM
Adil la tu, masa mail sabri jadi pm, gang pn jadi menteri pembangkang sanggup jer pergi jumpa berb ...

Geng2 pas bersatu coma time tu bro. Depa mana ingat. Otak pun size kecik. Memori tak boleh simpan banyak.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 15-3-2024 11:52 PM

Gigih betul PeeEnd dok reka mcm2 fitnah lepas gagal tebok atap aritu..walaun bengap je lah yg pecaya

sian org Ketereh dpt mp bodoh..Nuar Muso dulu walau kaki rasuah bertiang lg bagus drpd pak cik ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2024 01:08 AM | Show all posts
Edited by pengecatbintang at 16-3-2024 01:09 AM

tu lah..

dulu2..

masa ko (Bee End n Pee Een) gomen..

ko x buat peraturan yg bagi peruntukan kpd pembangkang tanpa syarat

kalo x silap..

mmg x der peruntukan pun..

bila ko jadik pembangkang..

ko meroyan nak peruntukan..

ko wat kat orang bole..

bila kena kat batang idung ko..

ko marah

  

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2024 05:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Ketereh ni kan asal bukak mulut je nak duit nak duit. Haritu pasal kena guna duit sendiri melawat org meninggal kaylt.kawasan dia, tak permah lah yg cerdil dr mulut dia ni. Apalah perasaan org kawasan dia dgr dia merungut pasal melawat org meninggal kena bg duit tu.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:35 PM GMT+8 , Processed in 0.164005 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list