View: 5123|Reply: 6
|
[Tempatan]
Penganjur beri amaran tindakan undang-undang terhadap pihak bantah konsert di negara ini
[Copy link]
|
|
Penganjur beri amaran tindakan undang-undang pihak bantah konsert
https://www.freemalaysiatoday.co ... onsert-beri-amaran/
FMT Reporters
15 Mar 2024, 01:09 PM
Jelajah konsert Taylor Swift yang berjaya baru-baru ini di Singapura menunjukkan bagaimana acara langsung boleh merangsang ekonomi, kata Presiden Alife Rizal Kamal. (Gambar Evan Agostini/Invision/AP)
Persatuan Penggiat Festival Antarabangsa akan menangani ‘dakwaan tidak berasas dan tindakan diskriminasi’ secara proaktif.
PETALING JAYA: Persatuan Penggiat Festival Antarabangsa (Alife) memberi amaran bahawa tindakan undang-undang akan diambil terhadap pihak yang membantah acara dan cuba mengganggu konsert yang diadakan di negara ini.
Kumpulan itu berkata, pihaknya menghadapi tentangan daripada kumpulan politik dan agama yang menggesa pembatalan konsert menampilkan artis yang dikaitkan dengan kegiatan dianggap “berdosa” atau menyokong komuniti tertentu.
Presiden kumpulan itu, Rizal Kamal berkata, pihaknya akan mengambil pendekatan proaktif dengan mengambil tindakan undang-undang terhadap “dakwaan tidak berasas dan tindakan diskriminasi”.
“Pendirian ini memperjuangkan kepelbagaian budaya dan hak orang ramai untuk mengakses hiburan secara bebas dalam landskap acara langsung yang dinamik di negara ini, serta hak melindungi reputasi Malaysia,” katanya dalam kenyataan.
Menegaskan bahawa acara langsung penting dalam meningkatkan reputasi antarabangsa Malaysia dan memacu pertumbuhan ekonomi, Rizal berkata, “ketidakcekapan birokrasi dan tekanan politik” mengancam potensi industri acara.
Katanya, prasarana, struktur kos dan nilai mata wang menjadikan Malaysia destinasi yang menarik untuk konsert dan pertunjukan.
Jelajah konsert Taylor Swift yang berjaya baru-baru ini di Singapura menunjukkan bagaimana acara langsung boleh merangsang ekonomi, tambahnya.
“Kita tidak boleh benarkan kumpulan tertentu menjejaskan usaha Malaysia untuk menjadi lebih berdaya saing di rantau ini, terutamanya apabila ia cuma bertujuan menaikkan kedudukan individu dan politik mereka,” katanya.
Pihak-pihak tertentu sering menggesa agar persembahan artis-artis antarabangsa seperti Blackpink, Billie Eilish, Coldplay dan Ed Sheeran di Malaysia dibatalkan.
Tahun lepas, seorang pemimpin PAS menggesa kerajaan membatalkan konsert kumpulan rock British Coldplay pada November.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Nasrudin Hassan mempersoalkan sama ada kerajaan hendak menggalakkan “hedonisme dan budaya menyeleweng” di negara ini dengan membenarkan Coldplay membuat persembahan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
they can try, but theyr will fail |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Orix at 15-3-2024 04:06 PM
xde maknanya la pegi konsert coldplay n taylor tu buat maksiat, jd lgbt pelbagai..... ujong2 ummah yg dekat dalam tahfiz kena liwat bagai.... ujong2 ummah yg duk hafizah berjuzuk2 jd penyondol... eh tp iols pelik, konsert tokti ada mufti tu bising buat nak dekat bulan puasa, AJL aman2 pulak ye ? |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat pulak fmfa tahun 2014.
|
|
|
|
|
|
|
|
Boikot dosa.. support konsert..!!! Lobai boleh terus support sontot burit budak |
|
|
|
|
|
|
|
sokong. lobai mercedes sila main jauh2. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak suka konsert tak payah lah pergi bukan ada orang paksa pun.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|