CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5110|Reply: 6

[Tempatan] Penganjur beri amaran tindakan undang-undang terhadap pihak bantah konsert di negara ini

[Copy link]
Post time 15-3-2024 03:10 PM | Show all posts |Read mode
Penganjur beri amaran tindakan undang-undang pihak bantah konsert

https://www.freemalaysiatoday.co ... onsert-beri-amaran/

FMT Reporters
15 Mar 2024, 01:09 PM


Jelajah konsert Taylor Swift yang berjaya baru-baru ini di Singapura menunjukkan bagaimana acara langsung boleh merangsang ekonomi, kata Presiden Alife Rizal Kamal. (Gambar Evan Agostini/Invision/AP)

Persatuan Penggiat Festival Antarabangsa akan menangani ‘dakwaan tidak berasas dan tindakan diskriminasi’ secara proaktif.

PETALING JAYA: Persatuan Penggiat Festival Antarabangsa (Alife) memberi amaran bahawa tindakan undang-undang akan diambil terhadap pihak yang membantah acara dan cuba mengganggu konsert yang diadakan di negara ini.

Kumpulan itu berkata, pihaknya menghadapi tentangan daripada kumpulan politik dan agama yang menggesa pembatalan konsert menampilkan artis yang dikaitkan dengan kegiatan dianggap “berdosa” atau menyokong komuniti tertentu.

Presiden kumpulan itu, Rizal Kamal berkata, pihaknya akan mengambil pendekatan proaktif dengan mengambil tindakan undang-undang terhadap “dakwaan tidak berasas dan tindakan diskriminasi”.

“Pendirian ini memperjuangkan kepelbagaian budaya dan hak orang ramai untuk mengakses hiburan secara bebas dalam landskap acara langsung yang dinamik di negara ini, serta hak melindungi reputasi Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Menegaskan bahawa acara langsung penting dalam meningkatkan reputasi antarabangsa Malaysia dan memacu pertumbuhan ekonomi, Rizal berkata, “ketidakcekapan birokrasi dan tekanan politik” mengancam potensi industri acara.

Katanya, prasarana, struktur kos dan nilai mata wang menjadikan Malaysia destinasi yang menarik untuk konsert dan pertunjukan.

Jelajah konsert Taylor Swift yang berjaya baru-baru ini di Singapura menunjukkan bagaimana acara langsung boleh merangsang ekonomi, tambahnya.

“Kita tidak boleh benarkan kumpulan tertentu menjejaskan usaha Malaysia untuk menjadi lebih berdaya saing di rantau ini, terutamanya apabila ia cuma bertujuan menaikkan kedudukan individu dan politik mereka,” katanya.

Pihak-pihak tertentu sering menggesa agar persembahan artis-artis antarabangsa seperti Blackpink, Billie Eilish, Coldplay dan Ed Sheeran di Malaysia dibatalkan.

Tahun lepas, seorang pemimpin PAS menggesa kerajaan membatalkan konsert kumpulan rock British Coldplay pada November.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Nasrudin Hassan mempersoalkan sama ada kerajaan hendak menggalakkan “hedonisme dan budaya menyeleweng” di negara ini dengan membenarkan Coldplay membuat persembahan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2024 03:15 PM | Show all posts
they can try, but theyr will fail
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 04:05 PM | Show all posts
Edited by Orix at 15-3-2024 04:06 PM

xde maknanya la pegi konsert coldplay n taylor tu buat maksiat, jd lgbt pelbagai..... ujong2 ummah yg dekat dalam tahfiz kena liwat bagai.... ujong2 ummah yg duk hafizah berjuzuk2 jd penyondol... eh tp iols pelik, konsert tokti ada mufti tu bising buat nak dekat bulan puasa, AJL aman2 pulak ye ?
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat pulak fmfa tahun 2014.


Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Boikot dosa.. support konsert..!!! Lobai boleh terus support sontot burit budak
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 05:02 PM | Show all posts
sokong. lobai mercedes sila main jauh2.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2024 10:21 PM | Show all posts
Tak suka konsert tak payah lah pergi bukan ada orang paksa pun.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:35 PM GMT+8 , Processed in 0.066877 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list