View: 5618|Reply: 12
|
[Tempatan]
[VIDEO] Ramai terkejut, teruja Hamilton datang SMK Seri Keramat
[Copy link]
|
|
[VIDEO] Ramai terkejut, teruja Hamilton datang SMK Seri Keramat
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... g-smk-seri-keramat/
Oleh SITI A'ISYAH SUKAIMI
15 Mac 2024, 2:34 pm
Tangkap layar video memaparkan Hamilton (berbaju putih) sedang berbual bersama beberapa pelajar dan guru di SMKSM, pagi tadi.
PETALING JAYA – Orang ramai terkejut dan teruja apabila melihat kehadiran pelumba sensasi Formula Satu (F1), Lewis Hamilton di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat (SMKSK) Kuala Lumpur pagi tadi.
Kehadiran juara dunia tujuh kali Formula 1 itu difahamkan adalah bagi memenuhi jemputan bagi program di bawah Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMKSK Jalinan Petronas Petrosains.
Menurut ciapan oleh Fazreen Idham, satu video turut dimuat naik memaparkan pemandu Britain berusia 39 tahun itu sedang berbual dengan beberapa orang pelajar.
Sehingga kini ciapannya mendapat lebih 2,400 perkongsian dan 5,400 tanda suka.
Tinjauan Kosmo! di ruangan komen, bukan sahaja warga SMKSK teruja, malah orang ramai turut terkejut dengan kehadiran Hamilton kerana perlumbaan F1 di Litar Antarabangsa Bahrain baru sahaja bermula 3 Mac lalu.
“Ini program program tanggungjawab sosial korporat (CSR) lah ni. ‘Sporting’ jugak Lewis Hamilton dan Team F1 Mercedes setuju sertai program macam ni. Bagus bagus,” komen Afiq.
“Ini mungkin kali terakhir Hamilton muncul secara ‘random’ (rawak) di Malaysia sebelum dia sertai team Ferrari tahun depan,” komen Hazimi.
“Seriuslah datang Keramat! Ada saudara-mara dekat Keramat ke apa? Sekolah jiran sebelah tu pergi tak, boleh jalan kaki tak sampai lima minit. Mesti sesak lah Lembah Keramat hari ni,” komen Darlisa.
Difahamkan, juara dunia tersebut selepas ini akan ke KLCC bagi acara yang dijadualkan seterusnya.
Hamilton dilapor bakal meninggalkan Mercedes sebaik kontraknya berakhir hujung musim ini untuk menyertai Ferrari pada musim 2025.
Hamilton memutuskan untuk meninggalkan Mercedes dengan alasan untuk mencari cabaran baharu sekali gus mampu membantunya memburu gelaran dunia kelapan. – KOSMO! ONLINE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ini baru betul.
Bukan panggil mat rempit bagi ceramah kat sekolah |
|
|
|
|
|
|
|
Fuiyoh! Bukan sebarang orang yg dijemput datang, bekas juara pelumba F1 yach! |
|
|
|
|
|
|
|
Iols jeles!!!! Hamilton kot bkn Alex Yoong |
|
|
|
|
|
|
|
byk kali juga ye hamilton dtg Malaysia,
aku igt lagi 2 tahun sudah, hamilton dtg sg pencala , petronas, pastu ada staff jual kerusi yg hamilton duduk tu, haha
|
|
|
|
|
|
|
|
Sukan mahal.
Apa motif PIBG panggil driver F1?
|
|
|
|
|
|
|
|
Sek ni dulu kurang menonjol berbanding sek sebelah tu sek men lembah keramat.....keputusan pun tak brp cantik...ramai yg tertumpu kat sek lembah keramat ....pdhal sebelah menyebelah je.....
Kira bagus le cikgu² nak bg motibasi kat memurid situ.....kau hado.... |
|
|
|
|
|
|
|
Tingat zmn menteri tebok atap bawak mat rempit dtg skolah bagi ceramah motivasi..soo low class
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
next race kat aussie. singgah dulu promo utk petronas. kot.... |
|
|
|
|
|
|
|
dasyat eh untung budak2 tu |
|
|
|
|
|
|
|
dahtu ? nak panggil ahli sukan congkak dengan batu seremban je ke yg boleh ?
|
|
|
|
|
|
|
|
Once in a lifetime.
Jelesnya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|