CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6294|Reply: 33

[Tempatan] Budak tertinggal dalam van, jeritan sayup-sayup didengari ketika azan

  [Copy link]
Post time 15-3-2024 03:17 PM | Show all posts |Read mode
Budak tertinggal dalam van, jeritan sayup-sayup didengari ketika azan

https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... engari-ketika-azan/

Oleh NURUL IZZATI ZAINI
15 Mac 2024, 2:08 pm


Gambar yang dimuat naik Ahmad Syafiee di akaun Facebooknya memaparkan murid perempuan berusia tujuh tahun itu diselamatkan selepas terperangkap di dalam bas.

PETALING JAYA – Seorang lelaki tidak menyangka naluri hati untuk mendengar azan di luar pagar rumah akhirnya berjaya menyelamatkan murid perempuan yang terperangkap di dalam bas sekolah.

Ketika kejadian kira-kira pukul 7.15 petang kelmarin, Ahmad Syafiee, 33, bersama anak perempuannya berusia tiga tahun berada di luar pagar di kawasan perumahan di Tampoi, Johor Bahru sebelum terdengar jeritan sayup-sayup yang semakin kuat.

Ahmad Syafiee berkata, jeritan itu mengalihkan perhatiannya ke arah sebuah bas sekolah yang diletakkan di parkir di depan rumahnya sebelum hatinya tergerak untuk memeriksa lebih lanjut.

“Terkejutnya saya apabila ada budak sekolah lingkungan usia tujuh tahun terperangkap dalam bas tu. Saya letakkan anak kecil saya dalam rumah dahulu sebelum kembali ke bas untuk cari cara selamatkan murid itu.

“Keadaan murid tu memang pucat kerana kepenatan menangis tambah pula kelmarin cuaca di sini memang sangat panas terik. Saya anggap anak kecil tu tertidur kerana penat balik dari sekolah.

“Setelah gagal buka pintu bas yang berkunci, saya cuba keluarkan murid tersebut melalui tingkap belakang yang boleh dibuka walaupun agak tinggi. Murid tersebut campak dulu barang-barangnya sebelum dia panjat keluar,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Tambah Ahmad Syafiee, setelah itu kanak-kanak tersebut dibawa untuk berbuka bersama keluarganya kerana dilihat berada dalam keadaan amat keletihan dan kelaparan.

Bercerita lanjut, Ahmad Syafiee berkata, dia menghubungi ibu kanak-kanak tersebut setelah terlihat ‘tag’ nombor telefon pada beg murid perempuan itu.

“Lepas saya berjaya menghubungi nombor telefon itu, saya terus terdengar suara sayu seorang ibu yang mencari anaknya. Saya beritahu tentang kejadian yang menimpa murid perempuan itu.

“Saya berikan alamat rumah dan tak lama lepas tu ibunya datang ambil anaknya. Ibunya cerita, pemandu kata murid ni tak naik bas sekolah. Katanya, silap pemandu tak tengok bas sebelum ‘off-service’.

“Pesanan saya kepada syarikat-syarikat bas supaya kisah ini dijadikan iktibar untuk tambah baik prosedur ‘check seat’ sebelum hentikan servisnya,” katanya.

Terdahulu, hantaran Ahmad Syafiee di media sosial mendapat perhatian pengguna media sosial apabila lebih 2,400 tanda suka dan 1,300 perkongsian.

Beberapa gambar turut dimuat naik memaparkan murid tersebut yang sedang makan akibat kelaparan dan bas sekolah yang dinaikinya ketika kejadian. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2024 03:47 PM | Show all posts
siannya, penat sgtla tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 03:50 PM | Show all posts
dah boleh cari pemandu bas sekolah lain. Tak bertanggungjawab. Patut lapor kat polis je. Tak minta maaf pun kat parent budak tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 03:54 PM | Show all posts
kalau saman je.. dpt duit raya lebih atas kelalaian org tu.. nyawa anak kot
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
syukur
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 04:01 PM | Show all posts
Weii.. senangnya alasan??? budak tu x naik bas. Mcm tu je? Dasar xde tanggungjawab. Parents lambat bayar yuran bas kau bising, keselamatan penumpang kau abaikan. Budak kecik kot tah baru darjah satu darjah dua. Bila ada parent yg tanya anak dia takkan kau sebagai pemandu bas xde inisiatif langsung nak bantu serba sikit? Balik rumah x check langsung ke bas kau??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2024 06:15 PM | Show all posts
Kecik lagi tu kesian laa. Dahla panas lani
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Mujur tak jadi apa2 kat anak ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2024 06:32 PM | Show all posts
tarik balik lesen psv dia
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Berbuka ayam goreng kat umah org, dik. Drebar bas boleh berik free tambang sebulan kat adik ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 06:38 PM | Show all posts
celaka punya driver. boleh pulak ko jawap kat mak dia, tak naik bas sekolah. harap lesen ko kena tarik.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
tolongla pengusaha bas ni...kesian budak tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
wehhh agak2 laaa...bilang la dulu cukup ke tak bdk2 yg naik tu.
anak kakak iols darjah 2 tp first time naik van thn ni last week pun hampir2 tertinggal van. gelabah pakcik van tu call kakak iols anak pergi sek ke tak. rupanya anak sedara aku tgh main tak sedar van dok pompompom mentang tak pose sakan dia main lepas sek.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by bebulu at 15-3-2024 08:48 PM

Aduhai. Kesian nya ko anak. Syukur la ada yang dengar. Urus anak kecik yang sekolah rendah ni kena waspada. Dulu adik aku ambil anaknya balik dari sekolah sesi petang naik motor. Budak2 ni seharian bersekolah dari pagi membawa ke petang, tentunya dah letih. Boleh anaknya tertidur atas motor. Mujur adik ipar perasan. Kita risau terjatuh ke apa kot tak perasan bila masa budak tu terlelap. Sejak dari tu, adik aku bawa kereta bila ambil anak dari sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Trauma budak tu nk naik bas lg lps ni…
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik tak jadi apa². Driver bas ni lah lalai. Lepas tangan mcm tu je. Kalau mati budak tu dlm bas,meringkuk lah ko dlm penjara.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2024 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Better la maknya report. Kuang ajo pya driver! Ni sejenis x check lgsg ni!.naya bdk ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 09:55 PM | Show all posts
Cuaca pun dah gelap...kurang sikit panas...tak blh imagine kalau tgh hari...lagi pun bas...bukan kereta...nasib baik
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
belilies replied at 15-3-2024 06:36 PM
Berbuka ayam goreng kat umah org, dik. Drebar bas boleh berik free tambang sebulan kat adik ni

Tobat le mak pak dia nk sewa bas tu lagi....
Salah gaya yg lain² pun tarik diri
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.080703 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list