CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3309|Reply: 7

[Tempatan] Harga sayur dijangka naik 25 peratus

[Copy link]
Post time 15-3-2024 05:27 PM | Show all posts |Read mode
Harga sayur dijangka naik 25 peratus

https://www.bharian.com.my/berit ... gka-naik-25-peratus

Oleh Mohamed Farid Noh dan Suzalina Halid - Mac 14, 2024 @ 11:31am
bhnews@bh.com.my


Industri penanaman sayur-sayuran di Cameron Highland akan terjejas jika isu pekerja asing masih tak selesai. - Foto hiasan Bernama

Kuala Lumpur: Dua persatuan mewakili pengusaha sayur terbesar di negara ini menjangkakan harga sayur akan mengalami kenaikan sehingga 25 peratus mulai bulan depan sekiranya isu kuota pekerja asing terus membelenggu mereka.

Ini berikutan kekurangan pekerja asing yang kritikal masih dialami sektor berkenaan sehingga ia menjejaskan bekalan serta diburukkan lagi dengan langkah kerajaan membatalkan kuota pekerja asing yang tidak digunakan sebelum 31 Mac ini.

Persekutuan Penanam Sayur Sayuran Malaysia menjangkakan bekalan mula terjejas bulan depan manakala Persatuan Pekebun Melayu Cameron Highlands menjangkakan 'bekalan lebih buruk pada Mei dan boleh berlarutan hingga Julai'.

Pengerusi Persekutuan Penanam Sayur Sayuran Malaysia, Lim Ser Kwee, berkata jangkaan itu dibuat berdasarkan pengalaman pengusaha sayur yang berdepan senario kekurangan tenaga buruh kritikal ketika penularan wabak COVID-19 dahulu.

"Kita jangkakan mulai bulan depan harga sayur akan melonjak sehingga 25 peratus kesan daripada kekurangan tenaga kerja kritikal disebabkan pembatalan kuota pekerja asing yang tidak digunakan itu.

"Ramai yang tidak tahu setiap kali menjelang pertengahan Ramadan antara 15 hingga 25 peratus tenaga kerja yang majoritinya warga Indonesia akan pulang ke negara asal untuk bercuti Aidilfitri.

"Mereka selalunya bercuti panjang antara dua hingga tiga bulan. Sebab inilah, biasanya harga sayur akan melambung pertengahan Ramadan dan semakin buruk selepas Aidilfitri.

Bagi Pengerusi Persatuan Pekebun Melayu Cameron Highlands, Datuk Syed Abd Rahman Syed Abd Rashid, antara jenis sayur yang terjejas pengeluaran antara 30 hingga 40 peratus di Cameron Highlands ialah jenis berdaun dan berbuah seperti kobis, kailan, sawi, tomato, cili serta terung.


Laporan muka depan BH mengenai isu bekalan sayur yang berisiko terjejas susulan krisis tenaga kerja.

Atas dasar itu, katanya kerajaan diminta mengkaji semula pembatalan kuota pekerja asing yang tidak digunakan secara blanket kerana sektor pertanian masih memerlukannya.

"Malah, rayuan daripada persatuan sayur-sayuran sudah dibuat supaya kerajaan mengkaji semula bagi memastikan bekalan tidak terjejas dan tidak membatalkan permohonan pekerja asing dibuat persatuan.

"Sebelum ini permohonan bagi pekerja dalam sektor pertanian membabitkan kebun sayur, bunga dan ladang teh di Cameron Highlands adalah sebanyak 8,000 orang.

"Namun kini separuh daripadanya sudah diisi khususnya ladang teh namun bagi kebun sayur kira-kira 4,000 pekerja asing masih diperlukan. Jika tidak bermula Mei nanti kita bimbang bekalan akan terjejas," katanya kepada BH.

BH dalam laporan muka depan semalam menyebut, pengeluaran sayuran negara dijangka merosot sehingga 40 peratus mulai bulan depan susulan krisis tenaga kerja apabila kerajaan membatalkan kuota pekerja asing yang tidak digunakan sebelum 31 Mac ini.

Senario itu akan menyebabkan harga sayuran di pasaran akan meningkat mendadak disebabkan bekalan berkurangan dengan hasil sayuran tidak dapat dikeluarkan seperti biasa, susulan kekurangan tenaga kerja kritikal.

Mengulas lanjut, Syed Abd Rahman berkata, selain pekerja asing, faktor cuaca juga boleh memberi kesan kepada pengeluaran bekalan sayur.

Harga boleh distabilkan

Namun, katanya faktor harga boleh distabilkan sekiranya terdapat bekalan import dari negara jiran seperti Thailand namun ia sukar diramalkan.

"Keperluan pekerja asing memang kritikal sebab pekerja tempatan termasuk Orang Asli tidak berminat untuk bekerja di kebun, sebaliknya lebih cenderung di restoran atau hotel.

"Kita tidak faham ada majikan yang membawa masuk pekerja dalam bilangan ramai tetapi tidak diberikan kerja, sedangkan di Cameron Highlands kita berdepan kekurangan pekerja," katanya.

Beliau berkata, pihaknya melihat kekurangan pekerja asing semakin ketara selepas Mei kerana terpaksa pulang ke negara asal kerana permit tamat tempoh dan tidak boleh diperbaharui.

Katanya, pihak persatuan tidak boleh meminta lebihan pekerja daripada syarikat lain kerana kaedah itu tidak dibenarkan.

"Kita meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) melakukan pemeriksaan dan melaksanakan tindakan berdasarkan kes dan bukannya secara keseluruhan.

"Selain itu, kaedah kedua ialah pekerja asing yang tidak dibenarkan menyambung permit supaya diberi kelonggaran untuk berbuat demikian dalam sektor pertanian," katanya.

Dalam pada itu, Ser Kwee berkata, gabungan dua faktor iaitu tenaga kerja pulang bercuti Aidilfitri lama dan pembatalan kuota pekerja asing, bakal menjadi mimpi ngeri sektor pertanian sayuran negara.

Katanya, senario berkenaan mampu mengulangi insiden ladang sayur negara hampir lumpuh susulan ketiadaan pekerja ketika COVID-19 pada 2020 dan 2021.

"Jika industri pertanian alami kekurangan tenaga buruh kritikal, maka hasil sayuran turut akan berkurangan dengan signifikan dan ia akan menjejaskan rantaian bekalan menyebabkan harganya melambung," katanya sambil berharap kerajaan campur tangan termasuk mengecualikan pembatalan kuota pekerja asing yang tidak digunakan khusus untuk sektor pertanian sayur.

Katanya, langkah itu penting bagi membolehkan lebih 2,000 ladang sayur di seluruh negara tidak mengalami isu kekurangan tenaga buruh kritikal.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2024 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Apabila BANGLA dh amik tempahan buat baju raya...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya kobis aku beli kat mydin tu dari china.


Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
PH monang rakyat sonang katanya
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa di zaman madanon ni lah kita bakal terkeluar dari senarai statistik negara obese. Semua pakat pakat diet tak makan..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah. Ekonomi tak naik nilai matawang tak naik. Atleast ada juga yang naik. Tahiniah Madanon
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2024 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Apabila...BANGLA berniaga air tebu kt bazaar ramadhan...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg mahal.. semua meroket naik.. salad pulak yg murah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:56 PM GMT+8 , Processed in 0.067454 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list