CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3198|Reply: 6

[Tempatan] Tubuh pasukan khas tangani isu sekuriti makanan, jawatankuasa sedia ada gagal berfungsi

[Copy link]
Post time 15-3-2024 05:31 PM | Show all posts |Read mode
Tubuh pasukan khas tangani isu sekuriti makanan, jawatankuasa sedia ada gagal berfungsi

https://www.bharian.com.my/berit ... -jawatankuasa-sedia

Oleh Latifah Arifin - Mac 14, 2024 @ 3:01pm
latifah@bh.com.my


Pengusaha sayur terbesar negara menjangkakan harga bekalan meningkat sehingga 25 peratus mulai bulan depan. - NSTP

KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran menubuhkan satu pasukan bertindak khas bagi menangani isu berkaitan sekuriti makanan di negara ini mengambil kira impak susulan kenaikan harga bahan mentah semasa yang semakin menekan pengguna.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Seri Dr Jacob George, berkata saranan itu mengambil kira jawatankuasa sedia ada yang ditubuhkan kerajaan bagi memantau dan mencari jalan penyelesaian terutama menangani isu berkaitan kos sara hidup rakyat, dilihat gagal berfungsi dengan baik.

"Janganlah terus melihat enteng isu sekuriti makanan negara yang semakin memburuk. Realitinya kita sedang berdepan keadaan sukar.

"Bayangkan harga sayur dijangka terus naik, bukan sekitar 20 peratus tetapi sehingga 40 peratus sedikit masa lagi.... inilah realitinya dan kerana itu saya mahu kerajaan buat sesuatu, misalnya buat satu kertas putih melalui 'special task force' (pasukan bertindak khas) bagi tujuan ini.

"Jangan minta jawatankuasa khas kos sara hidup (sedia ada) untuk buat perkara ini. Kita dah lihat ia tak berhasil dan buktinya rakyat masih menderita sehingga sekarang," katanya kepada BH.

Beliau berkata demikian mengulas kebimbangan pengusaha sayur terbesar di negara ini yang menjangkakan harga bekalan meningkat sehingga 25 peratus mulai bulan depan.

Situasi itu didorong pelbagai faktor antaranya tindakan kerajaan membatalkan kuota pekerja asing yang tidak digunakan sebelum 31 Mac ini yang dijangka mengakibatkan kekurangan pekerja asing secara ketara.

Jacob berkata, pasukan bertindak khas itu perlu melibatkan semua pihak berkepentingan seperti badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan kepenggunaan, pihak media serta pegawai dari semua kementerian.

"Ada banyak yang dipersoalkan ketika ini, namun biasanya yang dijadikan 'kambing hitam' adalah kekurangan tenaga kerja warga asing, sedangkan banyak lagi isu tak selesai.

"Misalnya kita ada banyak tanah subur, tetapi mengapa tak digunakan untuk projek tanaman sayuran?

"Benar wujud kekurangan tenaga kerja (warga asing), tetapi isu sebenar yang menyebabkan harga sayur naik adalah lonjakan dari segi kos operasi tinggi, misalnya logistik.

"Bila tak jaga pemain dalam sektor sekuriti makanan termasuk petani, peladang dan penternak, maka cara paling mudah adalah meletakkan (kelemahan) itu kepada perkara lain seperti isu kekurangan pekerja asing," katanya.

Sementara itu, Penyelaras Pertanian Asli Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), NV Subbarow, berkata ketika ini pengusaha pertanian dibelenggu pelbagai masalah antaranya ketiadaan pekerja mencukupi, faktor cuaca terlalu panas dan kos pembelian racun yang melambung.

Katanya, pelbagai permasalahan dihadapi petani ini menyebabkan harga sayuran di pasaran tidak stabil dan terus naik terutama menjelang musim perayaan, disebabkan permintaan yang tinggi.

"Kita perlu sedar musim Ramadan ini, permintaan sayuran biasanya meningkat. Ini juga mendorong orang tengah menaikkan harga.

"Memang biasanya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) buat pemantauan misalnya di pasar, tetapi mereka ini juga ada taktik tersendiri iaitu kembali menaikkan harga selepas operasi dijalankan.

"Jadi, saya minta selain meningkatkan operasi pemantauan harga, disarankan supaya Jabatan Pertanian membeli terus sayuran daripada petani dan menjualnya terus kepada pengguna.

"Melalui cara ini, pengguna dapat membeli sayuran dengan harga lebih murah tanpa berlaku manipulasi di pihak orang tengah. Pada masa sama, perlu diperhebatkan pasar tani atau Jualan Rahmah (yang menjual terus sayur dari ladang) ke luar bandar dan lokasi didiami golongan B40 supaya mereka tidak terus terbeban dengan kenaikan harga bahan mentah yang terlalu tinggi," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2024 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Sayur naik 40%. Mati lanak
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 06:25 PM | Show all posts
jawatankuasa masih gagal

orang dlm artikel boleh dilantik jadi menteri. dia ada perspektif yang bagus untuk mula menjalankan tugas. luas dan menyentuh hal yang menteri pun tak cakap...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg tok syed ka tokcik mana tu tjk beras madani tu bukan pengerusi jawatankiasa makanan ke?sampai ke mat sabu pun tercantas...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekadar umum tubuh jawatankuasa jer tindakan madanon setakat ni

Apa apa masalah tubuh jawatankuasa.. lepas tu tubuh lagi dan lagi
Sampai AJM
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg dh ada pn takat jd pokok hiasan lg nk tambah pasu & batu bata baru?
Dasar mulayu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2024 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg dh ade tu, makan gaji buta je ke. Lepas tu nak kene bayar gaji jawatan kuasa baru.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:42 PM GMT+8 , Processed in 0.083661 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list