CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6532|Reply: 0

[Tempatan] Bas pelancong Thai: Kelantan akan mohon temujanji dengan Loke

[Copy link]
Post time 16-3-2024 07:19 AM | Show all posts |Read mode
Bas pelancong Thai: Kelantan akan mohon temujanji dengan Loke
Ameer Fakhri


Gambar hiasan

15 Mar 2024, 11:37 PM

Exco Kamarudin Nor dilapor berkata larangan itu untuk beri peluang kepada pengusaha tempatan namun bas tidak mencukupi.

PUTRAJAYA: Kerajaan Kelantan akan menulis kepada Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook memohon pertemuan diadakan untuk membincangkan larangan ke atas bas pelancongan dari Thailand memasuki negeri-negeri di sempadan.

Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Kamarudin Md Nor menjelaskan bahawa terdapat kesilapan dalam laporan terdahulu yang melaporkan surat berkenaan sudah diutus.

“Ianya sedang diuruskan untuk memohon temujanji dengan menteri mengenai isu tersebut. Insya-Allah Ahad ini pejabat saya akan hantar surat itu,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan kerajaan negeri sudah menghantar surat kepada Kementerian Pengangkutan dan kedua-dua pihak akan bertemu untuk membincangkan isu ini.

Kamarudin dilapor berkata pertemuan itu nanti akan membabitkan Kelantan, Perlis, Kedah, dan Perak.

Beliau dipetik sebagai berkata larangan itu untuk memberi peluang kepada pengusaha pengangkutan tempatan namun bas tidak mencukupi.

Menurut beliau lagi, larangan ke atas bas itu dikeluarkan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (Apad).

Dalam pada itu, Loke berkata negeri-negeri yang bersempadan dengan Thailand boleh menulis untuk meminta kerajaan mengkaji dasar berkenaan.

“Ada pelbagai isu teknikal yang perlu diatasi lah termasuk dari segi pelesenan pemandu dan sebagainya. Jadi itu perlu dikaji dengan lebih mendalam sebelum sesuatu dasar itu diubah,” katanya kepada pemberita selepas majlis serahan kontrak antara Railway Assets Corporation (RAC) dan SMH Rail Sdn Bhd.

Seorang pegawai Loke memberitahu FMT bahawa dasar itu dikuatkuasakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan.

--------------------------------------------------------

Ramai rakyat Malaysia bercuti di Thailand hingga bas pun tak cukup.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:58 PM GMT+8 , Processed in 0.063782 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list