CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6722|Reply: 2

[Tempatan] CAAM sahkan penerbangan MH2664 ke Tawau berpatah balik ke KLIA

[Copy link]
Post time 16-3-2024 07:33 AM | Show all posts |Read mode
CAAM sahkan penerbangan MH2664 ke Tawau berpatah balik ke KLIA
Oleh Bernama - Mac 15, 2024 @ 9:25pm


Gambar hiasan

PUTRAJAYA: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan penerbangan Malaysia Airlines MH2664 yang dalam perjalanan ke Tawau pada hari ini, berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Datuk Kapten Norazman Mahmud ketika dihubungi Bernama berkata CAAM telah menerima laporan daripada Pusat Kawalan Trafik Udara (ATC) tentang insiden berkenaan.

"Saya dapat laporan daripada ATC. Laporan cuma cakap berpatah balik dan 'tiada kejadian susulan'.

"Syarikat akan bagi laporan terperinci dalam masa 48 jam kepada CAAM," katanya.

Berdasarkan maklumat dipaparkan laman web www.flightaware.com, penerbangan MH2664 dilaporkan berlepas 2.45 petang sebelum berpatah balik ke KLIA.

Pesawat itu dilaporkan berlegar-legar di ruang udara di Pahang sebelum tiba di KLIA pukul 5.07 petang.

Setakat 8.30 malam, MAS masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai insiden itu.

- BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2024 03:32 PM | Show all posts
Biasa ja patah balik ni cuma tak masuk news ja. Aku sendiri pernah experience empat kali.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2024 05:12 PM | Show all posts
B737 Max ka camna??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:51 PM GMT+8 , Processed in 0.058084 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list