CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3969|Reply: 0

Hojlund mungkin kembali jumpa Liverpool

[Copy link]
Post time 16-3-2024 10:32 AM | Show all posts |Read mode

Penyerang Manchester United, Rasmus Hojlund meraikan jaringannya ketika menentang Luton Town pada aksi Liga Perdana Inggeris bulan lalu. – Foto REUTERS

LONDON: Manchester United dijangka diperkuatkan dengan kembalinya Rasmus Hojlund, Harry Maguire dan Aaron Wan-Bissaka bagi pertembungan suku akhir Piala FA Inggeris menentang Liverpool.

United kendalian Erik ten Hag dilanda kecederaan dan mengharungi musim buruk jadi mereka perlu mengatasi pasukan Jurgen Klopp di Old Trafford malam esok bagi menghidupkan peluang meraih trofi kejuaraan.

United tampil bagi pertembungan dengan musuh tradisi mereka sebagai underdog, tetapi pertahanan kanan Wan-Bissaka patut kembali selepas dua bulan berehat, dengan pertahanan England, Maguire dan penyerang Denmark, Hojlund juga dijangka beraksi semula.

"Kami mengharungi minggu yang bagus. Hari ini kami ada sesi dan mereka semua turun berlatih," kata Ten Hag pada sidang akhbar praperlawanan malam tadi.



"Saya fikir (mereka boleh diturunkan). Kami ada satu sesi lagi esok. Sudah tentu, kami perlu lihat bagaimana mereka pulih daripada kecederaan tetapi ia kelihatan bagus."

Ten Hag turut memberikan kemas kini positif mengenai pemain tengah United, Mason Mount, yang terpaksa diketepikan selama empat bulan kerana masalah betis.

"Amat bagus Mason Mount turut berlatih sepanjang minggu bersama kami," katanya. "Bahagian pertama minggu secara sebahagian sahaja, tetapi kemudian dia tampil dalam sesi penuh bersama kami, jadi ia kelihatan bagus."

Lisandro Martinez, Anthony Martial, Luke Shaw dan Tyrell Malacia kekal diketepikan, manakala United mengesahkan Jonny Evans "mengalami isu kecil dalam beberapa perlawanan terakhir."

Kelab itu menyatakan, "minit permainannya diurus dengan berhati-hati" dan dia tidak disenaraikan dalam skuad Ireland Utara bagi aksi persahabatan bulan ini.

Kekalahan Ahad ini akan meningkatkan tekanan buat Ten Hag ketika spekulasi memuncak mengenai masa depannya di Old Trafford susulan kehadiran pemilik bersama kelab itu Jim Ratcliffe baru-baru ini. – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... ali-jumpa-liverpool
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 04:45 PM GMT+8 , Processed in 0.054929 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list