CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4848|Reply: 1

[Kelantan] Pengemis makin 'rancak' apabila tiba Ramadan

  [Copy link]
Post time 16-3-2024 10:52 AM | Show all posts |Read mode

Kota Bharu: Aktiviti mengemis 'meriah' dengan ketibaan Ramadan dengan beberapa lokasi sekitar Kota Bharu menjadi tempat tumpuan.

Jika sebelum ini majoriti pengemis adalah rakyat tempatan yang dilihat meminta sedekah di kaki lima masjid, premis perniagaan dan perbankan tapi sejak Ramadan, warga asing seperti Thailand serta Rohingya memonopoli kegiatan itu.

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan, Zaini Osman, aktiviti mengemis di Kelantan menjadi 'meriah' menjelang Ramadan dan semakin rancak menghampiri Syawal.

"Dari segi operasi, kami hanya menjalankannya jika terdapat aduan dari orang ramai dan bilangan mereka (pengemis) juga tidaklah drastik meningkat.


"Daripada pemerhatian kasar, mungkin ada pertambahan terutama menjelang Ramadan dan kawasan tumpuan adalah sekitar pasar raya, Masjid Muhammadi, pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV.

"Dari segi warganegara pula, kebanyakan masih lagi dimonopoli warga tempatan namun tidak kurang juga pengemis warga Thailand serta Rohingya yang yang memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) semakin ramai dilihat meminta sedekah dengan pelbagai cara," katanya.

Bagi peminta sedekah warga Thailand, pelbagai modus operandi yang digunakan sama ada kedatangan mereka secara harian dengan menggunakan pas sempadan atau memang menetap di Kelantan dengan menyewa mana-mana rumah sewa di tengah bandar.

Menurut Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI, Anis Hussein, ada juga yang sanggup menjadi gelandangan dengan tidur di kaki lima demi mengemis dan setiap kali menerima aduan berhubung perkara itu, pihaknya bersama agensi lain yang berkaitan akan segera turun padang menjalankan operasi.

"Biasanya aduan yang diterima adalah berkaitan dengan ketidakselesaan orang ramai dengan kehadiran pengemis, menimbulkan pemandangan yang tidak cantik, bimbang dengan keselamatan terutama yang duduk di kaki lima bank.

"Lazimnya menjelang Ramadan memang kawasan Kota Bharu terutama pusat bandar akan dibanjiri pengemis terutama warga Thailand.

"Kita pun tidak pasti sama ada mereka masuk ke negara ini secara harian atau memang menetap tapi difahamkan ada juga yang sanggup menyewa mana-mana rumah di sini demi mengemis yang sudah pasti mendatangkan pendapatan agak lumayan.

"Rakyat kita memang pemurah dan jika terjumpa dengan pengemis, mereka mudah simpati terutama jika pengemis itu membawa anak kecil atau cacat anggota," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pabila-tiba-ramadan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2024 12:04 PM | Show all posts
Income bulan ni memang akan lebat terutama kepada para pengemis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:36 PM GMT+8 , Processed in 0.060610 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list