CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6071|Reply: 19

[Tempatan] Nak letak bawang apa pun tak tau” - Suri rumah teruk disakat suami, terhibur ‘unboxing’ rak tiga tingkat saiz ibu jari tangan​

  [Copy link]
Post time 16-3-2024 11:26 AM | Show all posts |Read mode
“Nak letak bawang apa pun tak tau” - Suri rumah teruk disakat suami, terhibur ‘unboxing’ rak tiga tingkat saiz ibu jari tangan​Sabtu, 16 Mac 2024 10:00 AM
Oleh: MSTAR





Rak bawang bersaiz sebesar ibu jari tangan yang dibeli oleh Noor Azarima.

LAIN yang mahu dibeli, lain pula barang yang sampai.

Demikian kisah lucu yang dikongsi wanita ini sebaik sahaja membuka bungkusan (parcel) yang dibelinya daripada sebuah platform e-dagang popular.

Menurut wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Noor Azarima, hatinya tertarik dengan satu rak plastik yang diiklankan seorang jurujual dan membelinya untuk digunakan bagi meletakkan barang perkakasan di dapur.

"Biasalah, suri rumah memang suka membeli barang-barang untuk keluarga dan rumah, lagi-lagi kalau nampak yang cantik dan murah.

"Kemudian ternampaklah satu rak plastik tiga tingkat. Saya pun terus buat tempahan dan beritahu suami yang saya nak beli rak letak bawang.

"Beberapa hari kemudian, bila parcel sampai, saya macam hairan juga. Takkan salah barang kot sebab kecil. Saya tak sempat buka dan hanya letak dulu.

"Malam tu, suami pun buka parcel. Memang speechless sebab tengok rupa dan saiz rak yang dibeli... dah macam rak mainan sebab kecil sangat saiznya, sama ukuran dengan jari manusia," kongsinya dengan mStar.

Menurut ibu kepada tiga cahaya mata ini, dia membeli rak tersebut dengan harga kurang daripada RM10.

Meskipun terkejut melihat barang tersebut, namun dia mengakui kecuaian sendiri kerana tidak membaca ulasan pada iklan sebelum membuat pembelian.




Antara barang lain yang dibeli oleh Noor Azarima, juga bersaiz mini.

"Sebenarnya, ini merupakan kali keempat saya 'terkena'. Sebelum ini saya beli penyidai tuala, laci baju bayi... pun saiz mini.

"Begitu juga dengan lesung batu. Yang saya dapat lesung plastik walaupun gambar pada iklan adalah lesung batu.

"Namun saya tidak terkilan sangat sebab semuanya murah. Cuma, kalau beli sendiri dekat kedai, mungkin boleh dapat barang yang berbaloi dengan harga yang sudah dibelanjakan," ujarnya yang menetap di Sungai Petani, Kedah.

Sekadar memuat naik video untuk berkongsi kisah lucu dengan pengikutnya di TikTok, Noor Azarima berkata dia sama sekali tidak menyangka ia menjadi tular sehingga meraih lebih 760,000 jumlah tontonan.

"Suami saja rakam nak usik saya. Saya pun uploadsuka-suka sebab lucu. Tak sangka jadi viral dan ramai sebenarnya yang juga alami nasib sama macam saya.

"Ada yang beli periuk nasi, perkakas bertukang dengan harga lebih RM50 tapi barang yang sampai mengecewakan.

"Tapi itulah, suri rumah ni selagi boleh nak beli yang murah untuk menjimatkan duit suami.

"Apa pun, daripada beberapa pengalaman, saya nak kongsikan pentingnya kita baca review dan description sebelum membuat pembelian,"akhirinya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2024 12:00 PM | Show all posts
Macam-macam hal mereka ini
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2024 12:06 PM | Show all posts
  


https://www.instagram.com/reel/C ... tm_campaign=loading




Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2024 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Supersirap replied at 16-3-2024 12:00 PM
Macam-macam hal mereka ini

Kann ...bak kata arwah p ramleee..
Dah tua pun vodohhh...

Kalau terkena sekali..boleh lagi larr dimaafkan..kalau dah byk kali..baik ko masuk sekolah sekali lagi..
Or ini sekadar konten sampahhh...adoiiii
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2024 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
wirazam replied at 16-3-2024 12:51 PM
Kann ...bak kata arwah p ramleee..
Dah tua pun vodohhh...


Kontent bodo la niiiii..takkan masa tengok kotak masih tak perasan saiznya besar mana.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2024 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Ke mmg sesaje beli demi content
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2024 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Haha pdn muka. Sesuai dgn org kedeks cheap mcm ni dah pernah terkena pon x ambil pengajaran
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2024 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
wirazam replied at 16-3-2024 12:51 PM
Kann ...bak kata arwah p ramleee..
Dah tua pun vodohhh...


Dedua vodoh. Buat konten pon vodoh sbb xmalu jaja aib sdri. If not for konten bodoh berganda2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2024 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat la umah miniature.. pastu wat bideo idup hamster dlm tu.. pasti meletup
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2024 02:20 PM | Show all posts
Memang banyak sangat tactic online seller ni untuk menipu. Menipu saiz ni paling biasa.

Satu lagi gambar pokok tapi harga untuk sehelai daun pun ada. Banyak lagi yang lebih licik nak explain pun susah

Baca review tu walau pun bukan jaminan tapi is good precaution.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2024 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Content bodo² pn isu semasa ka dekkk
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2024 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
aku ler ni.. pernah terkena. ingatkn besar sbb nk buat tempat meow tido dlm rumah kucing..
bila sampai, tgk kecik je.. muat sebelah peha meow aje..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2024 02:49 PM | Show all posts
"Sebenarnya, ini merupakan kali keempat saya 'terkena'. Sebelum ini saya beli penyidai tuala, laci baju bayi... pun saiz mini.


kalau dah 4x tu bukan terkena, ko mmg attention seeker. ermm bulan puasa ni malas nak keluarkan kata2 kesat, mohon kkm tidur kan meka laki bini anak beranak selama lama nya
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2024 04:18 PM | Show all posts
mudah terhibur ya netizen
yang beli tak baca review pun ...hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2024 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Main barbie doll masak2.


Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2024 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku 3 x kena dgn seller,bks kek 2 tgkat 1..bks cup cake/dessert bertingkat ala2 hotel tu,dgn product turkey pasablance ke apa ntah dpt semua kecik je..aku ni sejenis mls nk tgk bape cm bagai..mmg terkena lah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2024 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Membaca jambatan ilmu
Malas baca description, dimension, review bagai, so jgn pulak ko kata kena tipu dgn seller
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2024 05:50 AM From the mobile phone | Show all posts
wirazam replied at 16-3-2024 12:51 PM
Kann ...bak kata arwah p ramleee..
Dah tua pun vodohhh...


Tu la kalo sekali terkena boleh la kata tersilap kalo sampai 4 kali tu nmpk sangat ko pon bermasalah,dh tkena sekali patutnya next time ko nk beli barang check la saiz dia berapa,lagi2 kalo katanya harga murah,xpon baca review buyer lain b4 beli...
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2024 05:55 AM From the mobile phone | Show all posts
zehra2 replied at 16-3-2024 02:35 PM
aku ler ni.. pernah terkena. ingatkn besar sbb nk buat tempat meow tido dlm rumah kucing..
bila samp ...

Ko terbeli alas untuk hamster ke???
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2024 06:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni utk doll house ke?????
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:58 PM GMT+8 , Processed in 0.071279 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list