CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3878|Reply: 0

[Pahang] Nelayan asing ditahan selepas lebih sejam dikejar

[Copy link]
Post time 16-3-2024 12:49 PM | Show all posts |Read mode

BOT nelayan asing yang ditahan kerana menceroboh perairan negara kira-kira 35 batu nautika di timur laut perairan Pulau Tioman di sini, kelmarin.

KUANTAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM) Pahang berjaya menahan sebuah bot nelayan asing yang menceroboh perairan negara selepas lebih sejam mengejar, kira-kira 35 batu nautika di timur laut perairan Pulau Tioman di sini, kelmarin.

Pengarah Maritim Malaysia Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan Mat Rejab berkata, pihaknya turut menahan enam lelaki warga Vietnam berumur 19 hingga 37 tahun tanpa sebarang dokumen pengenalan diri.

“Bot nelayan itu mencurigakan dan aset kapal APMM yang terlibat dalam rondaan Op Makmur dan Op Tiris diarah untuk periksa. Ia berjaya dipintas dan dibawa ke Jeti Pernepa Kuantan Slipway untuk tindakan lanjut,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya kes disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM6 juta bagi tekong dan RM600 ribu bagi setiap kru sekiranya disabit kesalahan.

Beliau memberitahu semua hasil rampasan iaitu 250 kilogram hasil tangkapan laut dan bot dianggarkan bernilai lebih RM1.7 juta di sita untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... ebih-sejam-dikejar/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:15 PM GMT+8 , Processed in 0.059642 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list