CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8307|Reply: 0

Norfiqrie perkasa pertahanan NSFC

[Copy link]
Post time 16-3-2024 03:14 PM | Show all posts |Read mode

NORFIQRIE berharap dapat membantu meletakkan Negeri Sembilan pada kedudukan yang terbaik dalam carta Liga Super. FOTO Ihsan NSFC

Seremban: Selepas membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) FC menjulang kejuaraan Piala Cabaran musim lalu, Norfiqrie Abdul Talib berharap dia dapat membantu pasukan baharunya, Negeri Sembilan FC (NSFC) dengan meletakkan pasukan itu pada kedudukan terbaik carta Liga Super musim ini.

Pemain pertahanan kanan dan tengah berusia 28 tahun itu juga sedia memanfaatkan pengalamannya bersama pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC selama tiga musim antara 2018 hingga 2020 untuk menjulang nama skuad Hobin Jang Hobin, musim ini.

"Saya berjaya memenangi Piala FA bersama pasukan Kedah pada tahun 2020, dan musim lalu membantu PDRM menjulang kejuaraan Piala Cabaran.

"Saya berharap dapat membantu meletakkan Negeri Sembilan pada kedudukan yang terbaik dalam carta Liga Super selain mara lebih jauh dalam saingan Piala FA dan juga Piala Malaysia," katanya di sini, hari ini.


Norfiqrie yang berasal dari Alor Setar, akui tidak sabar untuk memulakan cabaran bersama Negeri Sembilan musim ini, namun sedar dia perlu cepat menyesuaikan diri dan membentuk gandingan mantap bersama pemain lain dalam pasukan itu.

Menurutnya, walaupun saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024-2025 hanya akan bermula pada 10 Mei depan, namun persiapan rapi perlu dibuat dan setiap individu pemain perlu bekerja keras meletakkan diri pada tahap prestasi terbaik sebelum saingan bermula.

Dia yang beraksi dalam 17 perlawanan musim lalu juga berharap dapat berada dalam kesebelasan terbaik sepanjang saingan Liga M untuk memberikan sumbangan secara maksimum kepada Negeri Sembilan.

"Fokus utama saya untuk sentiasa berada dalam kesebelasan utama dan mendapat jumlah minit permainan yang lebih baik sepanjang bersama Negeri Sembilan.

"Untuk itu, saya perlu bekerja keras meningkatkan persembahan dan kekal dalam prestasi terbaik supaya berada dalam perancangan jurulatih," katanya yang teruja kerana mendapat kepercayaan kelab berkenaan bagi meneruskan kariernya.

Sehingga kini, Negeri Sembilan hampir melengkapkan senarai barisan pemain tempatan dan import musim ini apabila mengikat pemain muda serta berpengalaman menganggotai skuad berkenaan.

Membarisi skuad Negeri Sembilan kali ini antaranya Aqil Razak, Syahmi Adib, Azrin Afiq, Izzafiq Ruzi, Harith Samsuri, Ikhwan Yazek, Dzulfahmi Hadi, Hadin Azman, Alifh Aiman, Annas Rahmat, Che Rashid Che Halim, Nasrullah Hanif Johan, Zainal Abidin Jamil, Aroon Kumar, R Barathkumar, A Selvan dan N Javabilaarivin.

Empat pemain import yang diumumkan setakat ini membabitkan Hein Htet Aung (Myanmar/Selangor FC), Takumi Sasaki (Jepun), Aliyu Abubakar (Nigeria) dan Jacque Faye (Senegal).
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... asa-pertahanan-nsfc
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 02:04 PM GMT+8 , Processed in 0.243962 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list