View: 18251|Reply: 27
|
[Tempatan]
Gajah cedera dirempuh Porsche, ditemui selepas tiga jam pencarian
[Copy link]
|
|
Gajah cedera dirempuh Porsche, ditemui selepas tiga jam pencarian
Oleh Zatul Iffah Zolkiply - Mac 16, 2024 @ 3:10pm
zatuliffah@bh.com.my
Seekor gajah yang dirempuh sebuah SUV mewah, Porsche Cayenne, dalam nahas di Kilometer 45 Jalan Kuala Terengganu-Kampung Raja dekat Setiu malam tadi, berjaya ditangkap di Kampung Telaga Papan, Setiu pagi tadi.
KUALA TERENGGANU: Seekor gajah yang dirempuh sebuah SUV mewah, Porsche Cayenne, dalam nahas di Kilometer 45 Jalan Kuala Terengganu-Kampung Raja dekat Setiu malam tadi, berjaya ditangkap di Kampung Telaga Papan, Setiu pagi tadi.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Terengganu, Loo Kean Seong, berkata pihaknya berjaya mengesan gajah betina itu kira-kira jam 11.30 pagi tadi pada sekitar jarak 15 kilometer dari lokasi kemalangan.
Beliau berkata, mamalia itu berjaya dikesan pihaknya selepas lebih tiga jam operasi pencarian dilakukan bermula jam 8 pagi.
"Pemeriksaan mendapati gajah itu mengalami kecederaan luaran akibat kemalangan dan kita masih menunggu pemeriksaan lanjut yang dilakukan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).
"Gajah itu akan dipindahkan ke habitat semula jadi," katanya ketika dihubungi di sini.
Terdahulu, media melaporkan seorang pengurus syarikat terselamat selepas kereta dipandunya merempuh seekor gajah di Kilometer 45 Jalan Kuala Terengganu-Kampung Raja di sini malam tadi.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 10 malam ketika mangsa sedang memandu SUV itu dalam perjalanan dari Rhu 10 menghala ke Lembah Bidong.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
[VIDEO] Gajah betina rempuh Porsche cedera di kaki dirawat
Oleh WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
16 Mac 2024, 5:16 pm
Gajah betina dirempuh Porsche Cayenne berjaya dijumpai Perhilitan di sebuah kebun kelapa sawit di Kampung Telaga Papan, Setiu hari ini.
SETIU – Seekor gajah betina yang cedera akibat dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah, Porsche Cayenne malam tadi berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu di Kampung Telaga Papan di sini hari ini.
Haiwan liar berusia lingkungan 15 hingga 20 tahun itu ditangkap di sebuah kebun kelapa sawit pada pukul 11.30 pagi.
Pengarah Perhilitan Terengganu, Loo Kean Seong berkata, pemeriksaan awal mendapati gajah seberat kira-kira dua tan tersebut mengalami kecederaan luaran pada bahagian kakinya.
“Begitupun pemeriksaan lanjut terhadap tahap kesihatan gajah terbabit akan dijalankan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
“Sekiranya tidak mempunyai sebarang kecederaan parah, haiwan tersebut akan dipindahkan ke habitat semula jadi bersesuaian dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.
Kosmo! Online hari ini melaporkan seorang pengurus syarikat cemas selepas kenderaan Porsche Cayenne dipandunya merempuh seekor gajah di Kilometer 45, Jalan Kuala Terengganu – Kampung Raja berhampiran Kampung Kolam di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintenden Afandi Hussin berkata, sewaktu kemalangan pada pukul 10.15.malam itu, mangsa, Sharul Azma Che Samaon, 42, dikatakan dalam perjalanan pulang ke Lembah Bidong dari Rhu Sepuluh di sini. – KOSMO! ONLINE
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Semoga hidup terus dan cepat sembuh. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian nye gajah tu, semoga segera sembuh. |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya...dahla jalan tar tu panas |
|
|
|
|
|
|
|
Datang laki dia mengamuk baru tau |
|
|
|
|
|
|
|
Dekat je 2 tempat ni pon bawa mcm pelesit juga |
|
|
|
|
|
|
|
Ok..I lagi kesian kat gajah dr owner Porsche tu..moga gajah cepat sembuh |
|
|
|
|
|
|
|
kesian cikjah
mesti sakit |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian..hutan dah abis kena tarah,last2 gajah main laluan pantai pulak.sekor sesat kat area kampung aku minggu lepas. |
|
|
|
|
|
|
|
Siannya cik jah..semoga cepat sembuh. |
|
|
|
|
|
|
|
Siannya, semoga cepat sembuh mak jah.. dah la sekor2 je hah, mesti rasa sunyi dan depress.. gajah kan hidup berkawanan lagi2 yg betina.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya y she lone ranger. Hantar kat pahang tu lah ada jugak geng. Tgk atas jalan gerak2 camtu kesian
Org komen takkan gajah besar tu pun x nampak, bwk laju, semua kesiankan cik jah |
|
|
|
|
|
|
|
kesian kt gajah... moga cepat sembuh... |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya gajah tu, bukan kehendak dia berkeliaran di laluan manusia
semoga cepat sembuh |
|
|
|
|
|
|
|
sian anak gajah, semoga cepat sembuh |
|
|
|
|
|
|
|
kesian tengok gajah tu menggelepar ats jln
mujur cedera kaki je
|
|
|
|
|
|
|
| |
|