CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19289|Reply: 0

[Terengganu] 59,037 mohon ganti kad pengenalan dua bulan pertama tahun ini

[Copy link]
Post time 16-3-2024 08:45 PM | Show all posts |Read mode
59,037 mohon ganti kad pengenalan dua bulan pertama tahun ini


Oleh Zatul Iffah Zolkiply - Mac 16, 2024 @ 5:34pm  zatuliffah@bh.com.my




Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Badrul Hisham Alias (empat kiri) menyerahkan kad pengenalan kepada mangsa banjir ketika Program Penyerahan Dokumen Pengenalan Diri Mangsa Banjir di Kampung Pasir Raja, Dungun, hari ini. - Foto NSTP/Ghazali Kori




DUNGUN: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) merekodkan sebanyak 59,037 permohonan gantian kad pengenalan di seluruh negara dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.

Ketua Pengarah JPN, Badrul Hisham Alias berkata daripada jumlah itu, 55,504 permohonan gantian akibat kecuaian manakala bakinya 2,575 lagi bagi kategori jenayah serta bencana seperti banjir, kebakaran dan kemalangan (958).

Menurutnya, sepanjang tahun lalu, sebanyak 289,172 permohonan dengan gantian akibat kecuaian merekodkan jumlah tertinggi iaitu 270,068, diikuti kategori jenayah (14,22) dan bencana (4,878).

Katanya, Selangor merekodkan jumlah permohonan gantian tertinggi dalam tempoh Januari 2023 hingga Februari lalu iaitu membabitkan 54,809, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (49,762) dan Johor (43,342).

"Permohonan akibat faktor kecuaian paling banyak diterima seperti tertinggal di atas motosikal, bagi kepada pengawal keselamatan dan lupa ambil serta kehilangan apabila berada di satu-satu tempat.

"Ia sepatutnya tidak berlaku tetapi itu realitinya. Jadi di peringkat JPN, sekiranya kehilangan kali pertama tidak memerlukan laporan polis tetapi bayaran RM100 tetap dikenakan manakala bayaran RM300 dikenakan untuk permohonan kali kedua berserta laporan polis.

"Bagi kehilangan kali ketiga, bayaran dikenakan bersama laporan polis selain siasatan akan dibuat JPN bagi mengesan sekiranya ada unsur-unsur penjualan kad pengenalan dan sebagainya.

"Selain itu, golongan kurang upaya dan gelandangan turut menyumbang kepada permohonan akibat kehilangan ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Penyerahan Dokumen Pengenalan Diri Mangsa Banjir Kampung Pasir Raja, Dungun di Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja di sini hari ini.

Pada program itu, enam penduduk Kampung Pasir Raja dan Kampung Shukor yang terjejas akibat banjir menerima kad pengenalan baharu.

Badrul Hisham berkata, JPN juga akan meneruskan program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) Diaspora di Amerika Syarikat pada Jun ini

Menurutnya, ia bagi memberi perkhidmatan dan nasihat berkaitan pembaharuan kad pengenalan, cabutan sijil lahir dan permohonan kewarganegaraan untuk rakyat Malaysia di luar negara.

Katanya, pihaknya ke Jeddah pada Februari lalu dengan pemilihan lokasi berkenaan dibuat berdasarkan jumlah rakyat Malaysia yang berada di sana.

"Sebenarnya ramai warga negara kita yang berada di luar negara memerlukan perkhidmatan kita. Jadi atas inisiatif Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, kita ke sana untuk urusan berkenaan," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.057256 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list