CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ReginaGeorge

[Jenayah] DOKTOR DIDAKWA TERBABIT GANGGUNAN SEKSUAL BUAT LAPORAN POLIS

  [Copy link]
 Author| Post time 17-3-2024 01:38 PM | Show all posts
Edited by ReginaGeorge at 17-3-2024 05:40 AM
sharlenetexas replied at 17-3-2024 05:10 AM
Kes doktor tulang anak vvip tu dah settle ke belum?

Yang pakar tulang sg buloh tu ye? Last berita dulu digantung kerja kan? Pengakhirannya tak tau. Tak follow up plak kes ni. Silap hari bulan, dipindahkan sajork. Maklumlah dah pangkat pakar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2024 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tumpanglalu74 at 17-3-2024 01:42 PM

Jumpe kat Reddit:

... 3. Dr Vijay Babu sering mengugut kami untuk memanjangkan tempoh tagging dan latihan kami walaupun tidak diberi kuasa untuk mengawas kami. Dia mengunakan taktik ini menganggu housemen perempuan secara seksual. Kebanyakan daripada gangguan seksual ini berlaku di WOUND CLINIC, di mana kawasan ini lebih terasing dari bahagian klinik utama. Dr. Vijay Babu sering meminta MO lain yang bertugas disitu untuk berpindah bekerja ditempat lain untuk memudahkan dia mengganggu kami tanpa perhatian doktor lain. Dia mengunakan kesempatan ini untuk meraba kami, menyentuh bahagian tali bra kami, mencubit badan dan peha kami dan bercakap lucah. Kami sudah cuba untuk menjauhkan diri kami daripada doktor gila seks ini tetapi kami akan dilabel sebagai doktor bermasalah yang tidak mahu bekerja dan dibuli dan dimarah doktor lain.

Dr Vijay Babi juga menipu pesakit terutamanya di WOUND CLINIC dan semasa ONCALL dan mengelarkan dirinya sebagai Pakar Ortopedik dari orang lain. Dia membahayakan kesihatan pesakit dengan menipu pesakit untuk medapatkan rawatan darinya dan bukan dari doktor pakar sebenar. Dia memaksa kami untuk menguruskan kemasukan pesakit pada waktu malam supaya tidak diketahui oleh pakar bertugas, dan dia akan membatalkan rawatan pesakit lain yang sedang menunggu lama semata mata untuk memberi rawatan khas kepada pesakit ini. Disebabkan ini, kami sering di marah pesakit dah ahli keluarga mereka. Kami dapat tahu bahawa Dr Vijay Babu menerima bayaran untuk kes sebegini dari pihak tertentu untuk mengutamakan mereka yang dira wat secara peribadi oleh Dr Vijay Babu. Kami jug diminta untuk mencuri peralatan dressing untuk kegunaan peribadinya di luar hospital.

... 4. Selain gangguan seksual, Dr Vijay Babu sering mencari housemen bermasalah, berpura-pura untuk membantu mereka, tetapi kemudian dibawa ke rumahnya untuk berminum sebelum meniduri rakan kami yang mabuk. Perkara ini telah lama berlaku, dan kebanyakan dari kami berasa takut untuk melaporkan perkara ini kerana Dr Vijay Babu berjanji akan membantu kami untuk habiskan posting tanpa apa apa masalah selain dari memberi ganjaran kepada kami. Kami sebelum ini berasa selamat untuk sementara dengan kehadiran doktor pakar baru yang sering memerhatikan kelakuan Dr Vijay Babu. Disebabkan ini, Dr Vijay sering kali mengutuk doktor pakar baru dan meminta kami untuk memburukan nama pakar ini supaya mereka tidak diberi kuasa untuk menjaga housemen lagi. Tetapi kini kami sedar Dr Vijay Babu berbuat sedemikian bukan untuk membantu kami melepasi posting tanpa masalah tetapi untuk memastikan nafsu jijiknya tidak dikawal oleh doktor lain.

"Dr Vijay Babu sering mencari housemen bermasalah, berpura-pura untuk membantu mereka, tetapi kemudian dibawa ke rumahnya untuk berminum sebelum meniduri rakan kami yang mabuk. Perkara ini telah lama berlaku, dan kebanyakan dari kami berasa takut untuk melaporkan perkara ini kerana Dr Vijay Babu berjanji akan membantu kami untuk habiskan posting tanpa apa apa masalah selain dari memberi ganjaran kepada kami."

... 5. Disini kami juga ingin memaklumkan kegagalan Housemen Captain sebelumnya terutamanya yang lelaki yang berminat untuk masuk ke perkhidmatan Ortopedik kelak. Mereka sanggup mengorbankan kami dengan mengikut kata kata Dr Vijay Babu yang mengarahkan mereka untuk menempatkan kami mengikut kehendaknya. Ini membolehkan Dr Vijay Babu mendekati kami tanpa disyaki orang lain. Kami berasa kecewa dengan sikap murah dan pentingkan diri Housemen Captain lelaki sebegini. Kami juga ingin memaklukan bahawa ini bukannya kali pertama kami telah melaporkan perbuatan Dr Vijay Babu kepada Housemen Captain dan aduan ini diabaikan. Kami dapat tahu dari Pakar yang terlibat dalam siasatan aduan ini bahawa nama Dr Vijay Babu diarah untuk dikeluarkan dari hasil laporan. Kami hairan kenapa Dr Vijay Babu diber perlindungan VIP sebegini oleh pihak tertentu di labatan ini. Malahan, hasil laporan ditukar untuk mendiamkan Kami, Ini adalah sebab utama kenapa Dr Vijay Babu berani melakukan kesalahan ini dan juga mengapa doktor lain tidak lagi mahu membantu kami.

... 6. Kami tidak lagi percaya dengan Jabatan Ortopedik yang bukan saja gagal menjaga housemen perempuan, tetapi juga melindungi doktor gila seks yang menipu orang ramai sebagai Pakar dan yang amat memalukan, mengecam dan mengugut mereka yang melaporkan perkara ini atau mereka yang membantu kami. Justeru itu, kami meminta Dato sendiri untuk menyiasat perkara ini. Kami meminta siasatan yang adil, dan yang penting, pihak Ortopedik tidak dibenarkan terlibat dalam siasatan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung kerana kami akan dikecam dan diugut untuk menukar cerita seperti biasa. Kami sedar bahawa dengan surat ini, ada diantara kami akan diperhatikan oleh Dr Vijay Babu dan rakannya. Kami berharap Dr Vijay Babu ditempatkan di jabatan lain yang tidak ada housemen semasa siasatan ini dijalankan, dan selepas siasatan ini, dia harus di pindah ke tempat lain selain dari hospital di Perak.

... 7. Kami juga meminta Dr Mohan A/L Brabaharan, Dr Syauqat Athir Bin Mohd Puat, Dr Maniventhan A/L Nachimuthu dan Dr Muhammad Rafi supaya tidak gatal dan tidak menganggu kami dan rakan rakan kami lagi. Butian lengkap nama pihak atasan yang melindungi Dr Vijay Babi, serta nama mangsa mangsa dan nama mereka yang membantu Dr Vijay Babu untuk kepentingan diri mereka akan kami dedahkan sekiranya ada usaha untuk menutup mulut kami, atau mengugut atau mencederakan kami. Disebabkan pengaruh Dr Vijay Babu serta hubungan dalamnya dengan pihak atasan, sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil terhadapnya. Ini haruslah berhenti sekarang demi keselamatan kami. Sila siasat dan bantu kami. Terima kasih.


https://www.reddit.com/r/malaysi ... nto_alleged_sexual/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2024 01:49 PM | Show all posts
Edited by ReginaGeorge at 17-3-2024 05:52 AM

Maybe ni lah kenapa pengadu tulis surat layang instead of buat laporan polis. Dia ragu2i siasatan tak telus dan berat sebelah. Patut pengadu dan mangsa lain amik bukti bergambar atau video. Ada dua tiga keping gambar dan sebuah video pendek, pasti akan membantu. Kena lebih cerdik.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2024 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
saliv replied at 17-3-2024 01:05 PM
https://m.facebook.com/photo.php/?photo_id=1393028844200446

Ini ke Dr yg dimaksudkan? Meh aku hntr dia ke sungai gangga, eh sungai gangga jauh. Hntr abu ke sungai Klang je lah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2024 02:02 PM | Show all posts
ReginaGeorge replied at 17-3-2024 01:34 PM
Jangan hairan kalu tibeh mangsa pulak dipenjarakan sebab buat fitnah. Ni bukan kes pertama ganggua ...

tu lah money talks sedih gile
and also kat pegawai perubatan ni seniority sgat ketara byak mangsa tak brani nak speak up
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2024 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Jabatan ortopedik ni ramai doktor lelaki yg sangap n gatal ke? Kes dulu pun orto jugak.. kenapa jadik gynae kalau gatal sgt..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-3-2024 02:19 PM | Show all posts
wow kasus ni mcam iceberg

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2024 02:24 PM | Show all posts
doktor india ke? hhhmm

2 tahun lepas, aku perasan ada ketulan pada nipple kanan aku. so aku pun pegila kat hospital swasta dulu, diorang dah cek scan amek sampel apa suma, mmg diorang pun tak tau ketulan tu ape. aku pun tak sakit, takde bengkak takde lelehan.  hospital tu cakap takde point utk rawatan sbb ketulan tu tak malignant pun, tapi kalau aku rasa risau ke diorang bleh rujuk aku kt spital kerajaan.

so kt hospital tu aku ulang proses yang sama walaupun dah ade report dari doktor aku sblm ni, hospital kerajaan tu offer kat aku buat pembedahan kecil buang je terus ketulan. dlm 6 bulan jugakla waktu menunggu tu, dan sebulan sekali aku kena pegi hospital utk check-up biasa je kat bahagian pesakit luar je.  most of the doctors especially yg perempuan diorang ok je, tanya gitu-gitu je, adelah check breast aku, ada sorg tu offer nk kasi aku mc sebab lama sangat menunggu hehe.  kecuali sorang doktor india lelaki ni.

kebetulan doktor tu tengah mengawasi beberapa orang doktor praktikal. agaknye dapat kes lain daripada yang lain doktor lelaki tu pun panggillah doktor-doktor praktikal 2 lelaki 2 perempuan tengok aku. tunjuk breast aku kat budak2 tu. mula2 tu yang check aku tu doktor praktikal wanita, mcm biasa la kan sentuh tekan ketulan tu, tanya sakit ke tak. sebenarnya mmg tak sakit pun. doktor lelaki tu agaknye tak puas hati kot cara praktikal tu check ketulan aku, dia pun konon tunjuk ajar la kaedah yang betul, tapi memang dengan cara yang kasar.  Dahle kuku dia panjang, dia tekan ketulan tu, keliling breast aku, ketiak aku kuat-kuat, memang sakit la wei. budak-budak praktikal tu pun macam tak selesa.  Lama jugakla dada aku terdedah masa tu sambil doktor lelaki india tu terpekik-pekik dalam English dia konon dia superior la.  Ni lah first time ye sepanjang aku buat check-up kat spital kerajaan tu aku rasa macam malu, walaupun sepanjang masa tu aku pakai mask dan rasenye diorang pun tak cam muka aku kot, tapi rasa malu tu masih menebal lagi.  In fact lepas check up yang mengaibkan tu aku rasa trauma jugak nak pegi next appointment tu tapi aku ni fikir sebab isu kesihatan aku kot. Syukurla pastu 2 kali appt aku dapat tarikh surgery, ni pun satu hal gak.  dahle last minit baru dpt tarikh tu pun sebab nak ganti orang lain je. pastu bleh plak masa aku tgh menunggu dalam wad tu dlm keadaan pakai jubah yg ikat pakai tali tu je tak pakai tudung tak pakai bra, tapi kt katil sebelah aku ada lelaki dia sorg je temankan wife dia, camne boleh lepas ntah.

aku ada report ke? malangnye tak sebab masa tu aku tak dpt tangkap nama doktor lelaki india tu. tapi kalau dalam ni ada doktor kerajaan, please la ye dont treat your patient ni macam kitorang ni kelas bawahan.  kes aku ni sebab aku kena tolak pegi hospital kerajaan je. aku tak kata semua la, out of 6-7 doktor yang check aku tu, doktor lelaki india ni je yang paling kurang ajar bagi aku. jgn kasi alasan sebab aku bayar rm1 je utk check up ni, korang doktor kerajaan gaji tinggi kot. kalau tak tinggi takkanla doktor-doktor kontrak tu menggelupur buat hartal nak mintak diserap jadi tetap.

alhamdulillah smpi skrang aku sihat, ketulan misteri tu tetap misteri sebab dah dibuat test pakai sampel tu pun bukan kanser, bukan tumor, tak taulah ape.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-3-2024 03:54 PM | Show all posts

Thank you tumpah more tea
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2024 03:58 PM | Show all posts
annehuda replied at 17-3-2024 02:24 PM
doktor india ke? hhhmm

2 tahun lepas, aku perasan ada ketulan pada nipple kanan aku. so aku pun peg ...

Kasarnya. Kalau dapat nama doc tu, memang patut report jer. Rasa mcm takda maruah pulak dibuatnya. Lepas ni kalau ada appoinment lagi, awal2 minta doc pompuan. Terus terang je trauma sebab ada insiden lepas.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2024 04:06 PM | Show all posts
ReginaGeorge replied at 17-3-2024 03:58 PM
Kasarnya. Kalau dapat nama doc tu, memang patut report jer. Rasa mcm takda maruah pulak dibuatnya. ...

hospital kerajaan iols pegi ni takleh request doktor ape uols.  tp tak sure la kalau sbnrnye boleh. sbb mcm kt hosp swasta I pegi tu mmg doktor tu je, unless la kalau kes I tu btul2 dah confirm sakit ape sbnrnye baru die rujuk kt pakar yg sepatutnye.  entahle I pun sbnrnye masa tu rasa macam nak keluar cepat je masa tu, I tak register dalam otak I nak buat laporan. yelah sblm ni doktor yang lain tu baik-baik je, tetiba time tu dapat doktor setan macam tu, terkejut gak I
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2024 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat tiktok ada masuk fyp, kawan kepada doc Rafi ni kata benda ni cam tak betul. Sebab Rafi ni dep. Psych, pastu timeline, dgn location bekerja pun tak tally dgn tuduhan dlm surat tu. Dia kata time tu Rafi keje kt sepital lain. Rasa menarik jgk la kes ni. Biasa mesti sapu bawah tikar je kan. Sekarang amekkau, semua benda bole viral
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2024 05:58 PM | Show all posts
puccafan replied at 17-3-2024 05:32 PM
Kat tiktok ada masuk fyp, kawan kepada doc Rafi ni kata benda ni cam tak betul. Sebab Rafi ni dep. P ...

Rafi ni sapa pulak chuols?
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2024 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat gangguan seksual kt doktor la keje paling bahaya kt dunia.. dibuat nya mangsa dendam

Dia leh tu suntik je smpai rebah..pstu kerat je bwh tu..dh keje doktor.
Potong2 ni mudah..

Cm tk logik Cite ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2024 06:02 PM | Show all posts
csham replied at 17-3-2024 02:04 PM
Jabatan ortopedik ni ramai doktor lelaki yg sangap n gatal ke? Kes dulu pun orto jugak.. kenapa jadi ...

Kalau keja department gynae, lagi la theyols seronok. Hari2 dapat buat VE kat ibu2 yg nak bersalin.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2024 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
ReginaGeorge replied at 17-3-2024 10:02 PM
Kalau keja department gynae, lagi la theyols seronok. Hari2 dapat buat VE kat ibu2 yg nak bersalin ...

Saya ada kwn gynae..dia kata loya dh tgk Vagina.. x de apa yg cantek..gitu..tapi jarang dr gynae menggatal selalu Dr orto yg byk gatal. Dulu pernah jumpa dr orto yg terlebih peramah n suka melawak 18sx..maybe lah sbb orto ni mcm bertukang..so ramai sgt lelaki gatal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-3-2024 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
csham replied at 17-3-2024 06:08 PM
Saya ada kwn gynae..dia kata loya dh tgk Vagina.. x de apa yg cantek..gitu..tapi jarang dr gynae m ...

Maybe gynae dah mual tgk. Ortho lak tak berkesempatan langsung nak tgk. Kecuali diorang lokum kat gp la.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2024 06:26 PM | Show all posts
Masa Iols masih student pun pnah kena molest dgn doctor India kat klinik. Dia locum kat situ. Klinik tu mmg dari kecik I pegi sana....time tu mmg tgh demam panas. Doc tu pulak nak letak stethoscope tu cek nafas. Boleh pulak dia letak betul2 kat breasts, then bawah breasts pulak. Time tu fikir.....first time pulak doc cek nafas mcmni. few weeks later, i bercerita dgn member, dia doctor jugak. Dia ckp u kena molest ni. Mana ada org cek nafas kat situ. Situ banyak fat tissues je, bukan boleh dgr apa pun.
Since then, kalau nak pegi klinik tu, i call dulu..tanya doc mana yg jaga. Kalau dia, i pegi klinik lain.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2024 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 17-3-2024 04:06 PM
hospital kerajaan iols pegi ni takleh request doktor ape uols.  tp tak sure la kalau sbnrnye boleh ...

spital gomen blh request lagi2 melibatkan bhgn tertentu lagi la dia akan tnya kita kalau u dpt doc yg ok.
kes iols kene buasir waktu pregnant
doc ada lelaki je dia tnya u ok ke tak i nak check? i jwb taknak dia suh tggu kejap cari doc pompuan.

***gelenyarnya doc babu ni, selama ni berleluasa padan muka kalini sikit sebanyak buruk dah nama.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2024 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
ReginaGeorge replied at 17-3-2024 01:49 PM
Maybe ni lah kenapa pengadu tulis surat layang instead of buat laporan polis. Dia ragu2i siasatan t ...

Deme takde bukti ka?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
[Edisi tahniah] Selamat Pengantin baru Afifah Nasir!
doubleA[Edisi tahniah] Selamat Pengantin baru A
Views : 27720 Replies : 214
Akibat Boros Duit KWSP RM700,000 ‘Licin’ Dalam Masa Tiga Tahun, terpaksa bekerja semula di umur 70 tahun kerana terdapat komitmen besar seperti kad kredit dan pinjaman rumah
YgBenarAkibat Boros Duit KWSP RM700,000 ‘Licin
Views : 19943 Replies : 218
Eizlan Yusuf selamat bernikah
BoomibulatEizlan Yusuf selamat bernikah
Views : 22493 Replies : 135
Suami kecewa isteri yang dinikahi selama ini rupanya lelaki
mojarean_XSuami kecewa isteri yang dinikahi selama
Views : 7450 Replies : 43
PMX kata penjawat awam yang lembab dan bermasalah tidak naik gaji secara automatik.
YgBenarPMX kata penjawat awam yang lembab dan b
Views : 19834 Replies : 24
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 25627 Replies : 175
tajuk apa yg sesuai
Mrperfect2tajuk apa yg sesuai
Views : 7074 Replies : 32
Isteri curang?
Lavender85Isteri curang?
Views : 9501 Replies : 31
comel
rospinkicomel
Views : 7133 Replies : 46

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 03:11 PM GMT+8 , Processed in 0.405058 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list