CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6873|Reply: 0

[Terengganu] Penjara, denda jika amal ajaran sesat

[Copy link]
Post time 17-3-2024 11:39 AM | Show all posts |Read mode

KUALA TERENGGANU: Umat Islam yang mengamalkan ajaran sesat berdepan hukuman tegas termasuk penjara dan denda kerana mengingkari pihak berkuasa agama.

Pengarah Jabatan Pendakwaan Syariah Terengganu, Wan Abd Malik Wan Sidek, berkata tindakan tegas akan dikenakan kepada pengasas dan pengikut yang terbabit dalam ajaran itu.

Beliau yang juga Ketua Pendakwa Syarie Terengganu berkata, setiap ajaran perlu diwartakan sama ada ajarannya dibolehkan atau sebaliknya.

"Jadi apabila ada yang mengamalkan sebarang ajaran termasuk yang sudah diwartakan sesat, tindakan boleh dikenakan.



"Dalam kesalahan melanggar fatwa, tindakan mengikut Seksyen 10 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 iaitu menghina atau mengingkari pihak berkuasa boleh diambil.

"Kesalahan ini memperuntukkan mana-mana orang yang bertindak dengan cara yang menghina pihak berkuasa agama atau mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah atau arahan Duli Yang Maha Mulia Sultan sebagai Ketua Agama Islam, Majlis atau Mufti, yang dinyatakan atau diberikan melalui fatwa, adalah melakukan suatu kesalahan," katanya ketika dihubungi di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi malam tadi menegaskan cubaan pihak tertentu menghidupkan semula ajaran sesat Ayah Pin yang pernah menggemparkan negara dengan 'Kerajaan Langit' dalam perhatian kerajaan.

Terdahulu, sebuah hantaran di akaun Facebook 'Imam Muda Kulan' mendedahkan ajaran Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhamad cuba dihidupkan kembali oleh gerakan pihak-pihak tertentu di sekitar Besut.

Sebelum ini, Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) mengeluarkan fatwa ajaran Ayah Pin sesat mengikut Seksyen 25 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986 dan diwartakan haram pada 1997.

Pada April 2005, Pejabat Tanah Daerah Besut mengeluarkan notis merobohkan beberapa premis dan replika gergasi di markas Ayah Pin di perkampungan berkenaan

Pemimpin ajaran sesat, Ariffin Muhamad, 74, atau Ayah Pin meninggal dunia di rumahnya di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Besut kerana sakit tua pada April 2016.

Ayah Pin adalah pengasas kepada "Kerajaan Langit" dan disenaraikan pihak berkuasa agama dalam kumpulan agama sesat yang berkampung di Kampung Batu 13, Hulu Besut.

Ayah Pin menyifatkan dirinya sebagai wakil "Tuhan" segala agama, manakala pengikutnya pula menganggap Ayah Pin sebagai Tuhan yang menerima wahyu dari langit dan segala yang dibuatnya adalah berasaskan wahyu berkenaan.

Hari ini, Profesor Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu (UniSZA), Prof Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi dalam artikel disiarkan di Muka Sepuluh BH mencadangkan akta murtad amat perlu disegerakan bagi membanteras gejala ajaran sesat semakin meruncing.

https://www.bharian.com.my/berit ... a-amal-ajaran-sesat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.050345 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list