CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6504|Reply: 0

[Kelantan] Muntah selepas makan martabak 'berintikan' lipas

[Copy link]
Post time 17-3-2024 12:00 PM | Show all posts |Read mode
Muntah selepas makan martabak 'berintikan' lipas

OlehHAZELEN LIANA KAMARUDIN

17 Mac 2024 11:02am








Foto hiasan 123RF




KUALA KRAI - Seorang wanita memuntahkan kembali martabak yang dimakannya semasa sahur selepas mendapati ada seekor lipas dalam inti makanan itu pada Ahad.

Ingin dikenali sebagai Azie, 30an, berkata, dia membeli lima biji martabak di sebuah gerai di Guchil di sini pada petang Sabtu.


"Semasa mengunyah martabak saya merasa pelik kerana ianya rangup. Malah sangat terkejut apabila mendapati ianya seekor lipas.
"Saya terus muntah dan hilang selera makan kerana terbayangkan lipas berada di dalam mulut. Sangat menggelikan," katanya kepada pemberita.



Tambah Azie, dia tidak sempat merakam sebarang gambar kerana mengalami muntah yang teruk akibat terkejut.

Menurut ibu kepada seorang anak itu, martabak tersebut dibeli dengan harga RM5 sebiji.

Ujarnya, setiap kali Ramadan kedai tersebut sentiasa menjadi pilihan dia dan keluarga kerana martabaknya sedap sehingga popular dalam kalangan penduduk setempat.

Azie memberitahu, dia tidak mempunyai perancangan untuk membuat aduan atau memaklumkan kepada tuan kedai.


"Cukuplah saya memboikot kedai tersebut selepas ini. Namun sebagai pengguna saya berharap peniaga yang menjual makanan agar lebih berhati-hati dan menitip beratkan soal kebersihan," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:56 PM GMT+8 , Processed in 0.520767 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list