CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6535|Reply: 0

Matt, Junior tak sertai skuad Harimau Malaya

[Copy link]
Post time 17-3-2024 01:31 PM | Show all posts |Read mode

HARIMAU Malaya tanpa kelibat Matt, Junior sebelum berlepas ke Muscat. FOTO Ihsan Persatuan Bolasepak Malaysia

Kuala Lumpur: Skuad Harimau Malaya menerima tamparan awal sebelum beraksi menentang Oman Jumaat ini selepas dua tonggak utama terpaksa disisihkan berikutan mengalami kecederaan ketika menjalani latihan bersama kelab baru-baru ini.

Pengendali Harimau Malaya Kim Pang-gon berkata dua tonggak utama itu masing-masing Matthew Davies dan Junior Eldstal, tidak dapat menyertai pasukan kebangsaan berikutan mengalami kecederaan.

Beliau berkata, ketika ini baki lapan pemain iaitu tujuh pemain dari Johor Darul Ta'zim (JDT) serta Dion Cools dari Buriram United sudah melapor diri ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya sebelum berangkat ke Oman, hari ini.

"JDT memohon pengecualian untuk Davies dan Eldstal agar mereka dapat menjalani rawatan pemulihan dengan kelab mereka. Laporan kecederaan disertakan bersama surat itu.


"Dengan ketiadaan kedua-dua pemain itu, skuad Harimau Malaya kini terdiri daripada 31 pemain dalam kem latihan," katanya menerusi kenyataan media, sebentar tadi.

Ketiadaan dua tonggak utama terbabit bermakna skuad Harimau Malaya kini mempunyai 31 pemain dalam kem latihan.

Daripada 31 pemain itu, seramai tujuh pemain dilepaskan ke skuad bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan kendalian Juan Torres Garrido yang akan memulakan kem latihan pusat mereka pada hari ini bagi persiapan menghadapi Piala Asia B-23 2024 di Qatar, bulan depan.

Sementara hanya 24 pemain di bawa ke Muscat, Oman bagi mengharungi perlawanan ketiga Kumpulan D, Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Oman di Sultan Qaboos Sports Complex.

Pasukan negara akan menentang Oman Jumaat ini sebelum bertemu sekali lagi di Bukit Jalil empat hari kemudian dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 itu.

Ketika ini, Malaysia menduduki tangga pertama Kumpulan D dengan mengumpul enam mata hasil kemenangan ke atas Kyrgyzstan dan Taiwan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... kuad-harimau-malaya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.061177 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list