CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4806|Reply: 1

[Johor] Peniaga tak mengaku baling bata hingga pecah cermin kereta

[Copy link]
Post time 17-3-2024 03:59 PM | Show all posts |Read mode

Mohamad Affiq Azra tak mengaku baling batu dan curi kereta di Sri Gading. FOTO Alias Abd Rani

Batu Pahat: Peniaga pakaian kanak-kanak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas pertuduhan membaling batu bata hingga pecah cermin kereta serta cubaan mencuri kenderaan di Sri Gading, Isnin lalu.

Tertuduh Mohamad Affiq Azra Abdul Hadi, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurasidah A Rahman.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa cuba mencuri Proton Satria milik lelaki berusia 31 tahun di Batu 9, Jalan Kluang-Sri Gading, pada 2.16 petang, 11 Mac lalu.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 379A dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan di mana boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.



Pertuduhan kedua pula, dia didakwa melakukan khianat dengan cara membaling batu bata hingga pecah cermin Proton Satria milik individu sama, pada 1 tengah hari hingga 2 petang, hari sama.

Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara tidak melebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Siti Khalijah Khalid, manakala tertuduh diwakili peguam Tan Song Yan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 untuk setiap pertuduhan sebelum menetapkan tarikh sebutan semula pada 29 April depan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pecah-cermin-kereta

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2024 02:21 PM | Show all posts
semoga dipermudahkan urusan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 11:14 AM GMT+8 , Processed in 0.049039 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list