CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4839|Reply: 0

Fadhli gembira Sri Pahang bertambah mantap

[Copy link]
Post time 17-3-2024 04:14 PM | Show all posts |Read mode

FADHLI teruja apabila Sri Pahang pada musim baharu ini membuat persiapan yang terbaik. FOTO Ihsan Sri Pahang FC

Kuantan: Pemain berpengalaman Sri Pahang FC, Fadhli Shas gembira persediaan Sri Pahang FC membuat persediaan yang terbaik untuk mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025.

Justeru, pemain pertahanan itu berkata, skuad Tok Gajah dapat membentuk keserasian, sekali gus memberi impak positif kepada pasukan untuk beroleh kejayaan.

"Bagi saya, persefahaman barisan pemain baharu sama ada import dan tempatan dapat membina keserasian kerana cabaran besar bakal menanti dalam saingan Liga M musim baharu ini.

"Sememangnya sebagai pemain, kami teruja apabila Sri Pahang pada musim baharu ini membuat persiapan yang terbaik terutama dengan kemasukan pemain baharu berpengalaman.



"Misi kami adalah untuk mempamerkan persembahan meyakinkan dan yang terbaik pada setiap perlawanan," katanya.

Ketika ini, Kelab Bolasepak Sri Pahang (SPFC) mengumumkan sembilan pemain baharu, masing-masing tiga import dan enam tempatan yang diyakini memberi impak positif untuk melakar kejayaan pada musim baharu itu.

Tiga import yang dibawa masuk ialah dari Ukraine, Mykola Ahapov, Manuel Hidalgo (Argentina) dan Aleksandar Cvetkovic (Serbia).

Manakala, enam pemain tempatan baharu pula ialah Adam Nor Azlin, Sean Selvaraj, Asnan Ahmad, Hasnul Zaim, T Saravanan dan penjaga gol, Azfar Arif.

Tiga pemain import musim lalu yang kekal bersama skuad Tok Gajah ialah Kpah Sherman dari Liberia, Stefano Brundo (Argentina) dan Kuvondik Ruziev (Uzbekistan).

Difahamkan, Fadhli dijangka bergandingan bersama Cvetkovic untuk mengekang asakan pemain lawan di bahagian pertahanan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ng-bertambah-mantap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 10:35 PM GMT+8 , Processed in 0.058391 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list