CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5633|Reply: 6

[Jenayah] Op Noda: Medan selera tawar khidmat seks diserbu

[Copy link]
Post time 17-3-2024 07:05 PM | Show all posts |Read mode
Op Noda: Medan selera tawar khidmat seks diserbu
Oleh Nor Azizah Mokhtar - Mac 17, 2024 @ 6:31pm
bhnews@bh.com.my


Salah sebuah premis urut yang diserbu polis semalam disyaki menawarkan khidmat seks kepada pelanggan. - Foto ihsan polis

KUALA LUMPUR: Dua medan selera antara 11 premis yang diserbu dalam Op Noda di sekitar Jalan Pudu dan Jalan Bukit Bintang di sini, semalam kerana disyaki terbabit dalam kegiatan pelacuran.

Dalam operasi bermula jam 2.50 petang hingga 11 malam itu, polis menahan 47 individu membabitkan lapan warga tempatan dan 39 warga asing.

Mereka yang ditahan terdiri enam lelaki dan dua wanita tempatan, serta 14 lelaki dan 39 wanita warga asing, semuanya berusia antara 18 hingga 60 tahun.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, berkata daripada 11 premis yang diserbu, dua daripadanya adalah medan selera, manakala selebihnya adalah dua premis pelacuran dan tujuh premis urut.

"Risikan mendapati dua medan selera itu turut menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan mereka yang berminat.

"Pelanggan perlu membayar kalungan bunga dengan harga tertentu sebelum membawa keluar wanita warga asing di situ untuk khidmat seks," katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Dellhan berkata, daripada 47 tangkapan, lapan warga tempatan yang ditahan berperanan sebagai penjaga premis, manakala 14 lelaki warga asing sebagai pekerja di premis urut.

Sejumlah 25 wanita warga asing yang ditahan terdiri enam wanita pelayan pelanggan (GRO), empat pelacur dan 15 tukang urut.

Katanya, menerusi serbuan itu, polis turut merampas pelbagai barangan yang digunakan untuk khidmat seks antaranya kondom, minyak urut, tuala dan tisu.

Selain itu, polis juga merampas 20 kalungan bunga serta iklan pakej urutan, mikrofon, pembesar suara, dekoder rakaman kamera litar tertutup, modem, telefon bimbit dan wang tunai RM4,730.

"Semua 47 individu yang ditahan kini dalam tahanan reman bermula hari ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 6 (1) (c) akta sama.

"Lapan penjaga premis, masing-masing dua direman sehari dan enam lagi direman dua hari, manakala tangkapan warga asing direman 14 hari mengikut Akta Imigresen 1959/63 hingga 30 Mac ini," katanya.

Dalam pada itu, beliau menyeru orang ramai membantu polis dengan menyalurkan maklumat mengenai sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang yang berlaku di kawasan mereka.

Sebarang maklumat boleh disalurkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-26002222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2024 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan boleh dapat free je ke
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 03:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramainya...
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 04:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Berani polis kacau bisnes DAP
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 12:25 PM | Show all posts
dulu kawan aku suka pi kedai urut kat bb ni sambil heret aku skali. best part dia, client lelaki tukang urut dia perempuan, client perempuan tukang urut nya lelaki. huhuhuhu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
sesuai nama ops ni
mmg semua ternoda
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-3-2024 02:32 PM | Show all posts
Bazar ramadhan kah ni?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.056796 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list