CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5082|Reply: 9

"Dulu Pun Saya Pernah Lalu ‘Cinta Lokasi’ Ini Tetapi Sekarang, Cinta Saya Cuma Pada Isteri Saya Seorang Sahaja." – Shah Iskandar

[Copy link]
Post time 17-3-2024 10:48 PM | Show all posts |Read mode






Pelakon kelahiran Singapura, Shah Iskandar tidak bersetuju dengan ‘cinta lokasi’ melibatkan selebriti yang sudah berumah tangga.


Ketika ditemui OhBulan!, Shah atau nama sebenarnya Shah Iskandar Mahfuz berkata, cubaan untuk terlalu menjiwai watak sehinggakan bermesej sampai ke rumah dianggap sebagai satu perkara yang tidak manis untuk keharmonian perkahwinan.


"Isu (cinta lokasi) ini sememangnya dah wujud lama sejak dulu lagi."


"Kadang-kadang hero atau heroin sesebuah drama ini terbawa-bawa dengan watak yang mereka bawa sampaikan bertukar hantaran mesej bila balik rumah.


"Kalau masih bujang tak ada masalah nak buat macam itu tetapi kalau dah kahwin lepas itu bermesej pula dengan hero atau heroin drama, saya rasa itu adalah satu perkara yang ‘unhealthy’."


Shah berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi baju raya terbaharu Qierahman yang diadakan di Akarr Cafe, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur pada Selasa.


Walau bagaimanapun, Shah tidak menafikan isu ‘cinta lokasi’ ini memberikan kelebihan buat para pelakon untuk menambahkan lagi keserasian mereka untuk berlakon bersama namun perlu sentiasa mengawal batas antara mereka.


"Sebenarnya isu ini ada kebaikan dia juga di mana pelakon itu akan menjadi lebih serasi dan menonjolkan lakonan yang mantap apabila berlakon di hadapan kamera."


"Bila adanya keserasian, nampak yang diorang ini ikhlas dan seakan betul-betul bercinta.


"Tetapi, ia tertakluk ke atas individu itu sendiri sama ada nak terus berbuat demikian di luar set ataupun nak hentikan."


Tambah pelakon berusia 41 tahun itu lagi, dia akan cuba sedaya upaya untuk tidak berbuat demikian dan sama sekali tidak menyokong perbuatan tersebut.


"Dulu pun saya pernah lalu ‘cinta lokasi’ ini tetapi sekarang, cinta saya cuma pada isteri saya seorang sahaja."


"ada saya pula, kalau seseorang itu boleh hadap rasa pening kepala dan kecaman orang, teruskan berbuat demikian.


"Tetapi, kalau anda sejenis orang yang tak boleh hadap dengan kecaman seeloknya janganlah."'



Sumber : OhBulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2024 07:51 AM | Show all posts
cinta lokasi dgn Nek Ta ke tuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
skrg dah takde cinta lokasi sebab dah takde job.. baguslah..n
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 08:57 AM | Show all posts
dgn cheta eh dulu heols?
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Sapa marka dia dulu? Xbrpa tau la kisah dia ni. Dia ni sporean jugak kan?
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 09:27 AM | Show all posts
yg aku ingat dia ngn uqasha siap pegang tgn masa pegi tour cter lakonan diorang tp mcm dia cakap yelah bujang tu takpe.

ni kalau dah kawin buang2 la sikap tuh.

dia ada gosip gak ngn Diana kakak Anzalna. x berjodoh.

teringat Shah Jaszle, agak buaya zmn bujang tp bila dh kawin btl insaf jadinya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-3-2024 10:45 AM | Show all posts
chinta89 replied at 18-3-2024 09:27 AM
yg aku ingat dia ngn uqasha siap pegang tgn masa pegi tour cter lakonan diorang tp mcm dia cakap yel ...

yang tu i ingat lagi. dia deny siap cakap kat orang nanti kita tanya. masa tu diana wish something sweet sweet.entah la mamat ni dia friendzone kan diana.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Abis semua lelaki Singapore dorg nak interview ke pasal kes curang ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2024 01:10 PM | Show all posts
mana2 je kena ada batas. bkn retis je..
yg kirija opis, buat projek, rpogram sama2 pun kena jg batasssss
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 03:45 PM | Show all posts
ko sape noks?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.065663 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list