CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 17164|Reply: 53

[Tempatan] ADUN Duyong,Datuk Mohd Noor Helmy Abd Halem, Mahu Sekolah Kebangsaan Belajar Daripada Sekolah Cina Pandai Cari Duit

[Copy link]
Post time 20-3-2024 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 20-3-2024 12:45 AM

Sebuah video TikTok yang disiarkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abd Halem, telah membuahkan perbincangan mengenai pembiayaan dan pengurusan sekolah kebangsaan di Malaysia.


Dalam video itu, Noor Helmy mencadangkan agar sekolah kebangsaan mencontohi taktik perniagaan yang digunakan oleh sekolah Cina melalui kerjasama korporat telah mencetuskan perdebatan di platform media sosial seperti Twitter.
Noor Helmy mempersoalkan mengapa sekolah kebangsaan tidak menggunakan strategi serupa untuk meningkatkan kemudahan dan menjana pendapatan, selain daripada menunggu bantuan kewangan daripada kerajaan.

Dalam video TikTok tersebut, Noor Helmy menjelaskan bahawa dia menghadiri majlis perkahwinan yang berlangsung di dewan sekolah Cina.

Beliau kagum dengan rupa dewa sekolah tersebut yang megah dan cantik serta difahamkan dibina hasil kerjasama diantara pihak sekolah dengan syarikat korporat.

Beliau menekankan manfaat bersama untuk kedua-dua sekolah dan entiti korporat terbabit.

Syarikat korporat, sebagai balasan menyumbang kepada pembinaan dewan, mendapat akses kepada kemudahan untuk acara mereka sendiri dan mendapat balik pelaburan mereka dengan menyewa ruang apabila tidak digunakan oleh pihak sekolah.

Noor Helmy membangkitkan persoalan penting tentang mengapa sekolah kebangsaan tidak meneroka inisiatif yang sama untuk menangani keperluan infrastruktur dan kekangan kewangan mereka.

Beliau menekankan pentingnya pendekatan yang lebih inovatif terhadap pembiayaan sekolah, terutamanya apabila peruntukan kerajaan tidak dapat disalurkan sepenuhnya serta permintaan yang semakin meningkat di institusi pendidikan yang lain.

Video tersebut telah mencetuskan perdebatan di platform media sosial, dengan pengguna membincangkan kemungkinan dan potensi manfaat menerima pakai kerjasama korporat di sekolah kebangsaan.

Ada yang memuji pendekatan Noor Helmy, manakala yang lain menyatakan keraguan tentang proses dan pelaksanaan inisiatif sedemikian.

SUMBER
TikTok

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2024 08:42 AM | Show all posts
kat melaka sana perkara pelik ke............kat kv semua da sedia maklum infra serba lengkap selesa dengan bantuan mak pak dorang yang rata2 tokey2......tu terpampang nama2/company2 kat dinding sekolah (mungkin tak eksklusif untuk elak masalah2 lain)....

(tapi tak pasti la anak perangai gengster/bebal pun hidup king kat sekolah tu)

takde korporat pun bole jalan, semoga lepas ni sekolah jadi tapak pasar malam, night food truck, pasar tani ahad, bazar ramadhan.... parking pun luas kan..... oke.........
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Oh ada title Datuk.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
SK c mak ayah bawa kereta bak angry bird. Janji anak sampai sekolah hari2. Pakailah compang camping janji anak sekolah. Sekolah nak apa minta apa zap zup zap sumbang. Walapun RM5 shj. Tak ada cakap blkg.

Kita ini cakap blkg. Status eksen aku kaya. Muka berminyak. Sekolah minta sumbangan, memekak. Mengata. Balik pada diri sendiri. Boleh shj cakap baik2 pada Guru saya tak In sya Allah saya bagi apa mampu shj.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 09:39 AM | Show all posts
suka tgk video dia nih..rajin jenguk rakyatnya
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 09:41 AM | Show all posts
YB kawasan pun kena pro aktif gak.... sek anak aku minta kat yb semua dapat. sk, kafa..mmg YB tolong.. parents pun jgn bising je..sumbangan takmo bagi..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2024 09:50 AM | Show all posts
Korang tau tak yang diorang guna dewan tu, lampu & aircond (bil letrik) sekolah gomen yang tanggung tau. Tak ke cibai camtu kalau siap sewa untuk majlis kawen, majlis korporat? Kalau cikgu kat sekolah anak aku tipu, maka tipu lah çite akü ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 09:53 AM | Show all posts
mana pergi duit 1MDB? bagi la kat sekolah2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2024 11:16 AM | Show all posts
bajet turun byk je utk kpm..tp tgk hasil tak setara dgn duit yg dibelanjakan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 11:44 AM | Show all posts
terbaik la datuk punya cadangan
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 12:20 PM | Show all posts
Beza SJKC ni dgn SK, PIBG nya kaya raya. Sekolah bagitau nak buat dewan, nanti bapak student yg ada lombong pasir hantar pasir, yg bpk ada kilang kayu, kilang bata hantar kayu dengan bata.
Aku pernah tanya tok sidang kampung nelayan cina...'kerajaan bagi duit ka bina dewan'. Tak adalah ini semua bpk murid2 bagi bantuan.
Kena tang kita..yuran pibg naik dah viral kecoh marahkan cikgu..abis tu nak harapkan gomen je acaner.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 12:36 PM | Show all posts
sranua replied at 20-3-2024 12:20 PM
Beza SJKC ni dgn SK, PIBG nya kaya raya. Sekolah bagitau nak buat dewan, nanti bapak student yg ada  ...

ye!  betul sgt2

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 12:39 PM | Show all posts
baru sekolah ambil RM50 dari duit bantuan persekolah dah menggelupur mak bapak. sekolah amik sbb tahu perangai B40 haram dan bagi sumbangan PIBG tapi klu bab bantuan merekalah plg awal datang nak tuntut. habis tu mana sekolah nak ada kemudahan lengkap
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 12:45 PM | Show all posts
pokokmeranti replied at 20-3-2024 12:39 PM
baru sekolah ambil RM50 dari duit bantuan persekolah dah menggelupur mak bapak. sekolah amik sbb tah ...

Ada satu kes ni. ..bila umum je bantuan, huii awal pagi si bapak dah sampai sekolah ambik duit. Elok tengah hari sikit si emak pelajar datang nak ambik duit. Rupanya diorang dlm proses nak berpisah..anak2 dok dengan si ibu...melopong balik tangan kosong. Duit si bapak dah sebat..hamlau betul.

Ini org umah aku le bgtau..dia cikgu..boleh tengok macam2 perangai mak bapak bila tiba bab bantuan ni.


Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 02:45 PM | Show all posts
Since benda ni dah dilakukan dengan jayanya aku tak beragak nak sokong. Otak cina, otak bisnes. Dorang takkan buat kalau tak untung.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenalan iols habaq anak dia pi sk cainis.. sbb daycare dari kecik, daycare cainis, maka sambung je la skolah sk cainis.. hat ni menarik sbb ticer daycare yg bantu bebudak cek homework sumer.. baguih la..

Anyway, skolah tu senang sbb makpak keje bisnes.. skali buat donation drive, deme hulur ribu riban... hat ni berbeza dgn sk besyer..

Sbb tu la deme byk duit..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2024 04:06 PM | Show all posts
hashashes replied at 20-3-2024 09:50 AM
Korang tau tak yang diorang guna dewan tu, lampu & aircond (bil letrik) sekolah gomen yang tanggung  ...

kalau ikut konsep auditing utk sekolah ni... sewa dewan kena masuk akaun kerajaan.. bkn akaun sekolah.. bkn akaun pibg.. sbb ia jadi income kerajaan sebagai owner dewan tu.. dan memang pon bil letrik air segala tu gomen tanggung.. dah gomen ownernya..

sekolah cina lain.. dewan tu sendiri bukan duit gomen.. so apa2 dia guna dewan tu.. sewa ke apa.. mmg masuk tabung sekolah la..
so kalau kata nk buat mcm tu dekat sekolah gomen.. duit masuk tabung sekolah.. audit masuk.. mendapatla GB dia.

so untuk cadangan YB ni.. ada bagusnya.. cuma kena ubahla sket ke apa pekeliling ke apa.. duit sewa ke apa tu.. bole masuk as income sekolah.. barula ada makna.. sekolah yg rajin cari duit.. banyakla dia punye peruntukan utk mcm2 aktiviti.. takdela sangap je harap duit gomen
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 04:38 PM | Show all posts
takkan YB bru keluar gua?
takkan la tak tau hampir setiap dari ahli keluarga org cina tu berniaga, kurang2 jadi tokey. lain pula dgn keluarga melayu, hampir semua makan gaji, nak cari yg berniaga nanti kene kutuk tkle hidup bagai..

pastu kalu dorg jadi tokey skalipun, dorg masih tinggal ngn mak pak sendiri sekalipun dh kawin , beranak pinak, dgn itu jimatla kos hidup dorg

tak macam sesetengah org melayu, keje masih mkn gaji , masih jadi kuli, ada duit sket, bina rumah asing, konon2 nak ikut sunah nabi, dibiarnya mak nya tinggal rumah belakang, rumah asing2 dah, padahal tanah 1 lot..kos hidup makin bertmbah,

bila bangsa cmni dh jimat, benda2 education cmni dorg mmg labur hebat2 la.. terutama kat sekolah dorg

Jadi elok, tutup aja sekolah Kebangsaan ni, semua pakat2 masuk sekolah Jenis Cina aja, wujudkn sekali sekolah Tahfiz Jenis Cina seklali.. dah pemimpin melayu takde telur nak hapuskan sistem sekolah vernakular ni.. baik satukan 1 sekolah , semua jenis takut takde undi..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak kata bodoh dia ni YB plk....ke Yg Bodoh. Sek cina paksa mak bapak beli meja klau buat event makan2  ke tiger show ke nak x nak kena byr ribu riban utk raise fund, ko rasa org melayu nk ke...kena paksa beli meja? yg paling bodoh tu haaa ada yg janji time pru nak bagi pendidikan free kt rkyt....mna dia?
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 04:50 PM | Show all posts
Edited by pasa at 20-3-2024 04:55 PM
Tinot7 replied at 20-3-2024 02:56 PM
Kenalan iols habaq anak dia pi sk cainis.. sbb daycare dari kecik, daycare cainis, maka sambung je l ...

Private school cina  ada berapa kerat sistur dlm Malaysia.

Sekolah Kebangsaan ni pulak ada ke status Private school tak dak sistur?

Sekolah KPM ni ada 10,220 sekolah seluruh Malasyia termasuk sekolah SJKC,SJKT,SK,SMK, Sekolah Agama itu pun ada sebahagiannya berstatus Bantuan kerajaan dan Sekolah kerajaan. Tak boleh la nak buat mcm style sekolah private. Ummah Subsidi ramai kat sekolah kerajaan. jenis nak bayar yuran PIBG pun bising, Anak buat graduation kat Hotel bising, tu belum lagi Sekolah kerajaan yg berada dalam penempatan penduduknya majoriti B40 lagi la sendu kutipan yuran PIBG so jgn lah compare dgn sekolah persendirian cina.

Sekolah private school tak masuk dalam list 10,220 sekolah milik kerajaan. kalau dapat bantuan pun jenis one off tu pun DAP yg mintak utk bagi juga bantuan pada sekolah persendirian.

kalau ada Private Schooll Sekolah Kebangsaan cuba letak sini namanya sekolahnya Pusat tahfiz byk le. Contoh mcm taska PASTi ada ke kerajaan negeri kelantan salurkan bantuan peruntukan gaji kepada guru PASTI tak dak...lepas tu guru PASTi ni pun redo lah gaji bawah RM 1000 sebulan. Sbb tak dibenarkan bantuan disalurkan kepada badan-badan politik.

Bangla keje kilang pun RM 1500 ada potong socso KWSP dan OT sistur.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 03:36 AM GMT+8 , Processed in 0.327139 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list