View: 7903|Reply: 125
|
[Tempatan]
Subsidi tepung gandum ditamatkan mulai tahun ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali
[Copy link]
|
|
Subsidi tepung gandum ditamatkan mulai tahun ini - Armizan
https://www.sinarharian.com.my/a ... tahun-ini---armizan
Oleh
NURHIDAYAH HAIROM
20 Mac 2024 09:42am
Subsidi tepung gandum untuk kegunaan am telah ditamatkan mulai tahun ini. - Gambar hiasan
SHAH ALAM - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali memaklumkan bahawa subsidi tepung gandum kegunaan am telah ditamatkan mulai tahun ini.
Menurutnya, pengeluaran tepung bersubsidi tidak dapat diteruskan berikutan pengilang tidak mampu untuk mengeluarkan tepung bersubsidi pada harga kawalan RM1.45 per kilogram.
Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan lisan Manndzri Nasib (BN-Tenggara) pada Selasa yang bertanya sehingga bilakah barangan bersubsidi seperti gula, tepung, minyak petrol dan sebagainya yang diberikan oleh pihak Kerajaan dapat dinikmati oleh warga asing.
Katanya, ini kerana tujuan asal pemberian subsidi adalah bagi membantu meringankan bebanan rakyat Malaysia.
Pada masa sama, Armizan menjelaskan, kerajaan sedang melaksanakan penyasaran semula subsidi yang hanya akan memanfaatkan kumpulan sasar warganegara yang layak sahaja.
Tambahnya, satu mekanisme sedang dibangunkan di peringkat kementeriannya untuk menyasarkan minyak masak bersubsidi kepada mereka yang layak membeli di peringkat runcit.
"Kerajaan juga sedang melaksanakan penyasaran semula subsidi diesel melalui Sistem Kawalan Diesel Subsidi (SKDS 2.0) bagi menangani impak kenaikan harga barangan kepada pengguna," katanya.
Jelas beliau, pada masa ini kerajaan telah menguatkuasakan larangan penjualan petrol RON95 kepada kenderaan dengan nombor pendaftaran asing di semua stesen minyak di seluruh negara.
Katanya, kenderaan asing hanya boleh mengisi petrol RON97 di stesen minyak manakala untuk diesel bersubsidi, kenderaan asing hanya boleh mengisi tidak lebih daripada 20 liter bagi stesen minyak dalam jarak 50km (kilometer) dari sempadan Singapura dan Thailand serta 30km dari jarak sempadan Indonesia dan Brunei.
"Kerajaan juga telah menamatkan subsidi gula mulai 26 Oktober 2013 dan sejak itu, gula putih bertapis hanya dikawal melalui pewartaan harga kawalan sahaja yang dinikmati oleh seluruh penduduk Malaysia termasuk warga asing," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Gandum bukan budaya kita. Laksa dibuat dari tepung beras. Siapa yang pakai spaghetti tu salah sendiri.
|
|
|
|
|
|
|
|
la wujud rupanya menteri ni |
|
|
|
|
|
|
|
Mujur la aku dah bertukar ke diet gluten free.
Makanya lps ni rakyat kna pikir 10 kali nk buat kuih raya
|
|
|
|
|
|
|
|
cucuq apa kena pakai tepung gandum? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by delia3003 at 20-3-2024 01:35 PM
Lepas ni habis kuih muih naik harga. Karipap oksigem RM 1 seketul
I tak simpan stok gandum pun kat rumah sebab tak pernah guna. |
|
|
|
|
|
|
|
honam replied at 20-3-2024 01:16 PM
cucuq apa kena pakai tepung gandum?
Coq kodok
Coq badak
Coq udang
Cod sayur
Coq toge
|
|
|
|
|
|
|
|
apa kata macai kerajaan? tak nak bagi komen sepatah dua? |
|
|
|
|
|
|
|
mmg agenda DAP dari dulu nak tarik semua subsidi....skrg inilah masanya. yg buat dasar wakil2 cina dap, yg tolong umumkan menteri melayu. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by arnauld at 20-3-2024 02:24 PM
Aku bagi 5bintang #matsabupmxi |
|
|
|
|
|
|
|
Aku guna tepung gandum buat basuh ayam dgn daging ja. |
|
|
|
|
|
|
|
sian peniaga & pembeli kuih |
|
|
|
|
|
|
|
apa guna letak kepala bontot jadi menteri kalau xde guna sesen pun nak kawal harga kenaikan barang?? |
|
|
|
|
|
|
|
patutnya siapa yang undi PH tu kena
|
|
|
|
|
|
|
|
Tepung subsidi 1.45rm yg dihapuskn
Pdhal mmg tepung tu dah lama xwujud kt kedai
Tiba2 pasni tepung yg harga rm3.50 naik harga
|
|
|
|
|
|
|
|
Klu zaman pm2 sebelum ni announce tarik subsidi tgk la geng2 mn yg golek2 kt jln ckp kerajaan kejam.. Bodo.. X de otak..
Ak dr dulu x de masaalah nk tarik subsidi tp bkn la sekali gus mcm ni.. dgn tax itu ini... Kt dlm ni mungkin mampu.. Tp yg kt luar tu ramai lg x mampu...
|
|
|
|
|
|
|
|
satu persatu nikmat ditarik balik |
|
|
|
|
|
|
| |
|