CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6690|Reply: 22

[Tempatan] Kontraktor selamat terjatuh Jambatan Pulau Melaka. Alami masalah keluarga

[Copy link]
Post time 21-3-2024 08:42 AM | Show all posts |Read mode
Kontraktor selamat terjatuh Jambatan Pulau Melaka

https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... batan-pulau-melaka/

Oleh ROHANA MOHD. NAWI
20 Mac 2024, 11:37 pm


Mangsa (tengah, berbaju merah) dibawa naik ke tebing sungai selepas terjatuh dari Jambatan Pulau Melaka, Kota Bharu, sebentar tadi.

KOTA BHARU – Seorang kontraktok yang hilang pertimbangan selepas mengalami masalah keluarga sempat diselamatkan oleh penduduk setempat apabila dia terjatuh dari Jambatan Pulau Melaka, di sini hari ini.

Kejadian itu disedari oleh seorang peniaga udang, Mohd. Eziwan Ismail, 43, yang kebetulan berada di bawah jambatan tersebut kira-kira pukul 9.30 malam.

Menurut Mohd. Eziwan, sebelum kejadian itu, dia melihat keadaan jalan di atas jambatan tersebut sesak dengan kenderaan sebelum terdengar bunyi ada objek yang jatuh ke dalam sungai.

“Saya dan rakannya terus bergegas menghidupkan enjin bot sebelum ke tengah sungai sedalam kira-kira enam meter. Kami melihat seorang lelaki berada dalam keadaan terkapai-kapai.

“Saya terus kemudian mencapai baju lelaki yang berusia dalam lingkungan akhir 40-an itu dan mengikat anggota badannya dengan tali untuk dibawa naik ke tebing sungai,” katanya ketika ditemui Kosmo! di lokasi kejadian sebentar tadi.

Mohd. Eziwan menberitahu, lelaki terbabit dilihat meracau-racau dan tidak mahu dirinya diselamatkan semasa dia mengangkat mangsa dari sungai.

Sementara itu, salah seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, lelaki terbabit sebelum ini mengalami masalah keluarga.

Katanya, mangsa tinggal di Semerak, Pasir Puteh dan datang ke jambatan tersebut dengan menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Honda Odyssey. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2024 10:13 AM | Show all posts
haiyooo malunya
mcm ada show ape je ramai2 dtg tgk dekat2


Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Etnik Melayu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Memula mangsa TERjatuh dari jambatan. Then peniaga udang + kawan yg ada berhampiran TERdengar bunyi objek jatuh. Mereka pun hidupkan enjin bot menuju ke lokasi bunyi TERsebut & melihat mangsa TERkapai-kapai.
Salah sorang cuba TERkam mangsa tapi mangsa  meronta-ronta, menolak utk diselamatkan. Dgn bantuan seutas tali, mangsa akhirnya TERselamat.
Sekian, TERima kasih

Kes pertama dalam sejarah tanah melayu ada orang yg TERjatuh jambatan, tapi menolak untuk diselamatkan
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah boleh buat sembahyang hajat atas jambatan Pulao Melaka pula.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
MarryPottet replied at 21-3-2024 10:38 AM
Memula mangsa TERjatuh dari jambatan. Then peniaga udang + kawan yg ada berhampiran TERdengar bunyi  ...

Akak jua yang TERkonfius dengan berita haram pakai ayat TER ni sis.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2024 10:53 AM | Show all posts
Triple_8 replied at 21-3-2024 10:50 AM
Dah boleh buat sembahyang hajat atas jambatan Pulao Melaka pula.

jambatan ni bukan sahaja port lepak manusia, tetapi jin dan setan pun lepak jambatan
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 11:11 AM | Show all posts
terjatuh jadah.. sah sah terjun tiruk..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2024 11:23 AM | Show all posts
terjatuh? macam lebih cubaan bunuh diri tu..nasib la TERselamat
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 11:25 AM | Show all posts
ter takpo tak sengaja
dimaafkan oelh syarikat
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Nama Jambatan tu Kene tukar..sebab duk Kelantan..tukarlah jadi jambatan pulau Kelantan..tu yg sultan Melaka marah..Kene sumpah kot jambatan tu..haha
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 11:56 AM | Show all posts
klate lagi..ritu pun TeRjatuh juga.. dah jumpa ke belum agaknya yang founder kosmetik ritu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 21-3-2024 10:30 AM
Etnik Melayu ke?

Org pasir puteh molek² rupanya.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 21-3-2024 10:53 AM
Akak jua yang TERkonfius dengan berita haram pakai ayat TER ni sis.

@filterairkotor tau huraikn apa maksud TER
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 21-3-2024 12:13 PM
@filterairkotor tau huraikn apa maksud TER

@filterairsampaibersih sissy.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Bulan Ramadan ni sepatutnya bulan paling tenang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2024 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
ramainya org yg tengok
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
tahu pulak dia yg dtg tu orang betul.. kot entah2 rerupanya malaikat maut menyamar jadi orang . kan
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 01:41 PM | Show all posts
tau la panas, tak payah la sampai terjun jambatan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 02:04 PM | Show all posts
Hari tu yang kosmetik tu pun jatuh atas jambatan yang sama ke?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 09:21 PM GMT+8 , Processed in 0.175726 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list