CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3243|Reply: 0

[Selangor] Kes bunuh, bakar kekasih hamil dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Klang

[Copy link]
Post time 21-3-2024 03:36 PM | Show all posts |Read mode

Muhammad Fakrul dibawa ke mahkamah dengan dikawal anggota polis di Mahkamah Majistret Sungai Besar, Selangor hari ini. -Foto ISKANDAR SHAH MOHAMED

SABAK BERNAM – Mahkamah Majistret Sungai Besar di sini, hari ini membenarkan kes seorang pemuda yang didakwa membunuh kekasihnya yang hamil dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Klang.

Majistret Siti Hajar Ali memutuskan demikian selepas memperoleh izin pihak pendakwaan bagi perbicaraan kes berkenaan.

Namun, tarikh bagi sebutan semula kes dan prosiding seterusnya di Mahkamah Tinggi itu belum ditetapkan.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Fakrul Aiman Sajali, 21, didakwa melakukan kesalahan bunuh terhadap seorang wanita berusia 21 tahun.

Perbuatan itu dilakukan di Jalan Sungai Limau, Sungai Besar di sini, kira-kira pukul 8.30 malam 22 Mei sehingga pukul 8 pagi 23 Mei tahun lalu.

Justeru, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Sofea Jaysal manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Nor Tamrin.

Terdahulu, Muhammad Fakrul yang berbaju-T putih tiba dengan trak polis di mahkamah itu, kira-kira pukul 10.20 pagi.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang lelaki diibaratkan dirasuk syaitan apabila bertindak kejam membunuh dan membakar teman wanitanya.- KOSMO!ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... kamah-tinggi-klang/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:41 AM GMT+8 , Processed in 0.056686 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list