CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3717|Reply: 0

[Selangor] Pencemaran Tasik Taman Matahari bukan disebabkan air loji kumbahan

[Copy link]
Post time 21-3-2024 03:45 PM | Show all posts |Read mode


Tangkap layar video tular di media sosial yang memaparkan ratusan ikan mati di Tasik Taman Matahari.

PETALING JAYA – Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd menafikan dakwaan pencemaran di Tasik Taman Matahari, Bandar Indahpura, Kulai, Johor berpunca daripada pembuangan air kumbahan yang dilepaskan dari loji rawatan berdekatan.

Menurut kenyataan, pasukan Operasi IWK telah menjalankan siasatan menyeluruh di loji rawatan kumbahan yang berdekatan dengan Tasik Taman Matahari iaitu Loji Rawatan Kumbahan IWK, Inderapura (JKI059).

“Hasil kajian menunjukkan bahawa efluen yang dilepaskan dari loji itu mematuhi peraturan yang ditetapkan Jabatan Alam Sekitar (DOE).

“Hasil semakan juga mengesahkan bahawa efluen yang dilepaskan dari loji berkaitan tidak mengalir ke kawasan tasik yang dilaporkan tercemar,” katanya.

Menurut IWK, Tasik Taman Matahari mempunyai dua bahagian berbeza dan efluen yang dilepaskan dari Loji Rawatan Kumbahan disalurkan ke bahagian tasik yang berasingan.

“Kawasan ini berbeza daripada kawasan yang telah dilaporkan tercemar.

“Susulan siasatan lanjut, ia telah disahkan bahawa tiada ikan mati ditemui di lokasi di mana efluen loji IWK dilepaskan,” ulasnya.

IWK berkata, pihaknya sentiasa komited untuk menangani kes pencemaran dan berusaha untuk menyediakan perkhidmatan pembetungan yang cekap.

“Ini termasuk untuk mengekalkan Loji Rawatan Kumbahan dalam keadaan optimum untuk memastikan operasi yang efektif.

“Adalah ditegaskan di sini bahawa semua efluen terawat yang dilepaskan dari Loji Rawatan Kumbahan IWK mesti memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh pihak berkuasa yang mengawal selia,” katanya.

Menurut IWK, kenyataan tersebut dikeluarkan berkenaan laporan media baru-baru ini memetik kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon.

Menurut laporan tersebut, pencemaran tersebut berlaku disebabkan kerosakan komponen dalam sistem di loji rawatan kumbahan yang menyebabkan sisa kumbahan mengalir ke dalam tasik. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... -air-loji-kumbahan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:48 AM GMT+8 , Processed in 0.055604 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list