CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16714|Reply: 8

[Tempatan] 53,370 tiket balik raya Kelantan habis dalam 2 jam - Konsortium E-Mutiara

[Copy link]
Post time 21-3-2024 05:51 PM | Show all posts |Read mode
53,370 tiket balik raya Kelantan habis dalam 2 jam - Konsortium E-Mutiara

https://www.bharian.com.my/berit ... -2-jam-konsortium-e

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim - Mac 21, 2024 @ 5:46pm
nfazlina@nstp.com.my


Che Ibrahim (tengah) memperkenalkan sistem ‘track my bus’ untuk pengguna mengesan lokasi bas ekspres di Ibu Pejabat Konsortium E-Mutiara Berhad di Kampung Panji, di sini, hari ini. - NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR

KOTA BHARU: Sebanyak 53,370 tiket bas ekspres Konsortium E-Mutiara untuk perjalanan pulang ke Kelantan sempena Aidilfitri habis terjual dalam tempoh dua jam.

Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Bhd (E-Mutiara), Che Ibrahim Che Ismail, berkata sambutan diterima amat menggalakkan sebagaimana tahun-tahun sebelumnya.

"Tiket bas untuk pulang ke Kelantan dalam tempoh enam hari bermula 4 hingga 9 April sudah habis terjual dalam tempoh dua jam sahaja selepas jualan tiket dibuka.

"Alhamdulillah sebanyak 1,186 trip perjalanan pulang ke Kelantan untuk menyambut Aidilfitri dan Konsortium E-Mutiara mempunyai 70 buah bas ekspres.

"Kita menjangkakan akan menambah satu atau dua buah bas untuk perjalanan Kuala Lumpur ke Kelantan dalam masa terdekat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan zakat kepada anak yatim dan asnaf di pejabatnya, di sini, hari ini.

Pada majlis berkenaan, seramai lebih 300 asnaf dan anak yatim menerima sumbangan zakat yang dianjurkan setiap tahun.

Mengulas lanjut katanya, beliau tidak menyangka sambutan diterima begitu menggalakkan sedangkan mereka mula menjual tiket lebih lewat berbanding pengusaha bas lain.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2024 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada org komplen bas ekspres jual ticket lebih dari seat mcm ketebang?


Ada org komplen bas ekspres kenakan dynamic pricing sampai 4x Ganda harga biasa spt kelaziman sykt penerbangan?
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 09:13 PM | Show all posts
Mujur dah beli sehari sebelum puasa. Harga dlm RM50 aje. Kalau beli kemudian pun harga sama, cuma sama ada masih ada seat atau tidak sahaja. Tidak akan ada markup harga  mcm naik flight.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2024 01:10 PM | Show all posts
sek kito jange pecoh
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2024 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
ho ho ho balik kg....hati girangggggggg

nemmbokk molek la kelate
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2024 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Time mengundi pandai pulak klaim RM50 dari PASampah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2024 01:29 PM | Show all posts
wah laku keras
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 11:55 AM | Show all posts
mesti tak sabar nak mandi air warna latte kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2024 12:16 PM | Show all posts
manop replied at 29-3-2024 11:55 AM
mesti tak sabar nak mandi air warna latte kan?

untunglahh ummah budu bukak papip je kluar caramel machiatto















Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 10:04 PM GMT+8 , Processed in 0.151015 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list