CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21895|Reply: 163

[Jenayah] Pelajar kolej vokasional maut dibelasah dalam asrama

  [Copy link]
Post time 22-3-2024 10:58 PM | Show all posts |Read mode
Mangsa, Muhd Nazmie Aizat Muhd Narul Azwan, 17, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh warden asrama yang bertugas, pada jam 6.50 pagi.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Polis, Dr Rohan Shah Ahmad, berkata pihaknya menerima laporan yang dibuat oleh pengarah kolej berkenaan.

Katanya, mangsa adalah penghuni asrama kolej berkenaan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Hospital Lahad Datu yang hadir untuk memberikan rawatan kecemasan.


"Bertindak atas laporan yang dibuat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu bergegas ke lokasi kejadian.

"Siasatan mendapati, kejadian berlaku di bangunan tingkat asrama lelaki kolej berkenaan. Mayat seorang remaja lelaki dalam keadaan terbaring ditemui di atas lantai di dalam sebuah bilik asrama kolej itu," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Rohan Shah berkata, pemeriksaan selanjutnya mendapati terdapat kesan kecederaan dan lebam di beberapa bahagian tubuh mangsa.

Katanya, pihaknya mengenal pasti punca kejadian ialah perselisihan faham antara mangsa dengan penghuni-penghuni asrama yang lain.

"Seterusnya mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu bagi proses bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian," katanya.

Beliau berkata, sehingga kini, pihak polis menahan seramai 13 pelajar lelaki berusia 16 dan 19 tahun manakala satu rampasan alat pengecas telefon pintar yang dipercayai berkait dengan siasatan kes ini.

"Setakat ini, polis juga mengesan tujuh saksi bebas untuk membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

BH






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2024 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Teruknye akhir zaman.. mati kene bunuh, mati kene buli..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2024 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
budak-budak ni anak orang ke anak setan?
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2024 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Nanti keluar la tu cerita dari suspek yang mangsa ni yang salah. Ada ke kaki buli yang mengaku diorang kaki buli. Ni dah sampai tahap membunuh. Semoga dapat balasan setimpal. Kalau muslim, selamat beraya kat lokap.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2024 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Tazzangka bebulan mulia gini dicemari kes bunuh buli kt skola ek…zetan betul dak2 tuh..smoga roh arwah menghantui suspek ye…
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2024 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah.
Selalu kan pembuli buat taik mesti ramai2.
Yng pernah kena buli je tau rasanya mcm mana
Iols paling menyampah bila ada orng yng tk pernah kena buli bagi tips kena lawan pembuli.dh kalau ramai lawan sorang mana menang?
Lagi sadis bila kita repot cikgu,cikgu buat tk endah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2024 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
aisshhh celakanya kaki buli ni sampai mati anak org.
tapi geng2 pembuli ni sampai masuk jail pun tade nmpk insaf (kes zulfarhan). elok je montok sekor2 masuk court masa hari bicara.
setan sgguh
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2024 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Inilah padahnya bila ipt da terlalu bnyk. Bdk2 sampah pun ko sumbat dlm Tu. Da la keluar nanti x Tau ada job ke x. Kualiti graduan semakin menurun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2024 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah sampai mati kena buli
Pergi skolah ke pergi perang ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2024 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Diorang pakat belasah tu bile? Smpai esok pagi warden sendiri yg jmpe. Lepas belasah masing2 pakat biarkn je ke expect budak tu bangun pergi sekolah macam biase..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya....

Innalillahiwarouhjiuon
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
lepas sahur kena belasah sampai mati..kesiannya wahai anak
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
pengecas di rampas, adakah dijerut dgn tali pengecas tu? innalillah. semoga arwah n keluarga arwah mendapat keadilan dari kes ni. terlalu kejam sungguh. my daughter yg darjah 2 pun ada bgtau budak darjah satu pun dah ada kes membuli kawan2. moga dijauhkanla anak2 kita dari kes2 mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 01:03 AM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 22-3-2024 11:43 PM
Inilah padahnya bila ipt da terlalu bnyk. Bdk2 sampah pun ko sumbat dlm Tu. Da la keluar nanti x Tau ...

Tak syukur langsung gomen dah bagi peluang budak2 lemah akademik belajar kemahiran supaya ada peluang kerja,lagi nak jadi samseng
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 01:04 AM From the mobile phone | Show all posts
For sure Menteri Fadzilah akan kata dia yang betul je.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah pada keluarga arwah,bila penguatkuasaan undang2 dh longgar sanggat ni la jadinya,tengok jelah kes arwah farhan tu camne,kena dera sampai mati kena tekap ngan iron sampai kesan melecur lebih separuh badan pon takat penjara 10 tahun gitu je,agaknya budak2 pembuli ni pon akan lepas camtu je nanti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2024 03:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni kat Kolej Vokasional Lahad Datu.

Selayaknya dengan ummah Lahad Datu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 03:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 22-3-2024 07:16 PM

Mangsa.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 03:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Akak paling benci kalau kes gini berlaku, orang awam marah2 soh KPM ngan kerajaan bertindak.

Kenapa kau tak marah mak bapak budak2 syaitan ini, suruh mereka pula bertindak didik anak2 jadik orang seblom hantar pi sekolah? Asyik2 soh kerajaan fikir camna nak selesaikan masalah benih syaitan kau orang.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 03:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 22-3-2024 07:21 PM

Btw semoga kena 302.

Kes Zulfarhan tu komplikated susah sabit 302 sebab peguambela bebudak syaitan tu boleh pakai hujah 'remorseful actions' (kengkunun) bila syaitan2 tu bawak Zulfarhan pi klinik, kasik treatment kat dorm bagai. Ha. Gitu.

Sedangkan anak2 Indon lahanat yang pi bakar tahfiz tu pun, sorang je kena penjara seumur hidup kan. Tu pun dia boleh appeal lagik kasik kurang hukum. Tak pasti la kena 302 ka idok budak hodoh muka hodoh hati tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.086968 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list