CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5796|Reply: 0

[Selangor] Pelajar perempuan maut jatuh tingkat 3 bangunan sekolah

[Copy link]
Post time 23-3-2024 12:24 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Sungai Buloh: Seorang pelajar perempuan tingkatan empat meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah sekolah menengah di Bukit Rahman Putra di sini, semalam.

Pelajar berusia 16 tahun terbabit disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan kejadian jam 11.26 pagi.

"Bertindak atas maklumat, sepasukan polis ke lokasi kejadian dan mendapati seorang pelajar perempuan terjatuh dari tingkat tiga sebuah bangunan di sekolah berkenaan.



"Mayat dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bedah siasat mendapati punca kematian kerana kecederaan parah di kepala akibat terjatuh dari tempat tinggi.

Katanya, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).

Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak menyebarkan kandungan yang boleh mencetuskan kegusaran atau menggugat ketenteraman awam.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -3-bangunan-sekolah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:32 AM GMT+8 , Processed in 0.049124 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list