CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26724|Reply: 1

[Selangor] Koperal polis maut dipercayai dipukul

  [Copy link]
Post time 23-3-2024 04:57 PM | Show all posts |Read mode

Foto hiasan

SHAH ALAM: Seorang anggota polis maut dipercayai dipukul dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Taman Impian Indah di sini, awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, anggota berpangkat koperal berusia 34 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri di lokasi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, mangsa adalah anggota polis yang masih berkhidmat di Kontinjen Kuala Lumpur.

"Kita (polis) sedang menjejak sekumpulan lelaki yang disyaki terbabit (pukul) dan berada di lokasi semasa kejadian.


"Kes masih dalam siasatan dan kita belum mengenal pasti suspek," katanya ketika sidang media hari ini.

Beliau berkata, proses bedah siasat sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian.

Difahamkan, mayat mangsa akan diterbangkan ke kampung halaman di Kuching, Sarawak, selepas selesai bedah siasat.
https://www.bharian.com.my/berit ... -dipercayai-dipukul
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2024 05:44 PM | Show all posts
Semoga sipelaku  dapat diberkas dan diheret ke muka pengadilan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:34 AM GMT+8 , Processed in 0.058695 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list