CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32457|Reply: 1

[Wilayah Persekutuan] Kanak-kanak maut jatuh kondo: Polis rakam keterangan ibu, bapa esok

  [Copy link]
Post time 23-3-2024 05:06 PM | Show all posts |Read mode

Foto hiasan.

KUALA LUMPUR: Polis akan merakam keterangan ibu bapa kanak-kanak lelaki warga asing berusia lima tahun yang ditemukan maut selepas terjatuh ke dalam kolam renang dari tingkat 21 di sebuah kondominium di Bandar Putra Permai di sini pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata keterangan awal daripada ibu bapa mangsa sudah diambil di tempat kejadian, namun kedua-dua mereka akan dipanggil esok bagi proses rakaman percakapan untuk membantu siasatan.

"Rakaman percakapan ibu bapa mangsa masih belum diambil kerana memberi masa untuk menguruskan jenazah dan setakat ini, tiga individu telah diambil keterangan," katanya.

Anbalagan berkata hasil bedah siasat dijalankan Jabatan Forensik Hospital Serdang mendapati punca kematian adalah pelbagai kecederaan akibat terjatuh dari tempat yang tinggi.


Media sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak lelaki warga Yaman maut selepas terjatuh dari tingkat 21 dan kejadian itu disedari seorang pengawal keselamatan yang melakukan rondaan di sekitar kolam renang yang terletak di tingkat tujuh kondominium itu.

Anbalagan dilaporkan berkata, pemeriksaan lanjut mendapati mangsa patah kaki kiri dan terdapat pendarahan di telinga dan hidung.

"Kejadian dipercayai berlaku semasa ibu bapa mangsa berada di bilik tidur, manakala mangsa di ruang tamu.

Polis tidak menolak kemungkinan mangsa terjatuh dari tingkap di ruang tamu," katanya kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... angan-ibu-bapa-esok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2024 05:40 PM | Show all posts
Semoga siasatan dapat berjalan dengan lancar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.050973 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list