CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8015|Reply: 0

[Johor] Lebih 10,000 pakaian percuma sempena Aidilfitri di Program Kuru Kuru

[Copy link]
Post time 24-3-2024 01:29 PM | Show all posts |Read mode

Orang ramai memilih lebih 10,000 pakaian disediakan percuma di Program Kuru-Kuru sempena Aidilfitri di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Putra, Segamat hari ini. Foto NSTP/Ahmad Ismail

SEGAMAT: Orang ramai dipelawa mengambil lebih 10,000 pakaian percuma dalam Program Kuru Kuru sempena Aidilfitri di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Putra, hari ini.

Program Kuru Kuru Kongsi Rezeki - Infaq Aidilfitri yang dianjurkan SK Bandar Putra dan SK Segamat Baru ini dengan kerjasama pihak Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) menyediakan pakaian Hari Raya untuk orang dewasa lelaki dan perempuan, bayi lelaki, kasut, samping dan juga beg.

Menurut guru penyelaras, Azian Abd Hamid, 53, program itu terbuka kepada warga SK Bandar Putra sejak Jumaat, hari Sabtu kepada warga SK Segamat Baru dan hari ini Ahad terbuka kepada orang ramai sekitar Segamat.

"Kami mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk mengambil pakaian Aidilfitri secara percuma hasil sumbangan guru-guru, ibu bapa murid dan juga hasil sumbangan orang ramai.


"Kuru Kuru ini membawa maksud 'pusingan' dalam bahasa Jepun. Jadi, ia sangat bertepatan dengan tema kita di mana pakaian ini adalah sumbangan orang ramai dan kembali disumbangkan kepada orang ramai.

"Kami nasihatkan sila ambil barang yang diperlukan sahaja untuk keperluan keluarga masing-masing dan digalakkan untuk bawa beg sendiri untuk dibawa pulang pakaian-pakaian ini," katanya ditemui di SK Bandar Putra, Segamat hari ini.

Hadir sama dalam majlis perasmian program adalah Penolong Penguasa SWCorp, Muhd Mufarizam Yahir@Yahya; Guru Besar SK Bandar Putra, Rosnani Aminon, wakil Guru Besar SK Segamat Baru, Johari Wahab dan guru penolong penyelaras program, Nordiana Mohd Adam.

Menurut Muhd Mufarizam program itu adalah julung kali dianjurkan oleh pihak sekolah secara kerjasama dengan SWCorp Segamat.
https://www.bharian.com.my/berit ... i-program-kuru-kuru

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:15 PM GMT+8 , Processed in 0.128723 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list