CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8012|Reply: 0

[Johor] Polis siasat insiden kekecohan kedai asam pedas diserbu MPPG

[Copy link]
Post time 24-3-2024 04:52 PM | Show all posts |Read mode


Tangkap layar kekecohan berlaku ketika penguat kuasa MBPG melakukan serbuan di sebuah kedai makan di Taman Rinting, Masai.

PASIR GUDANG – Polis sedang menyiasat kejadian tular di media sosial antara anggota penguat kuasa dan pemilik sebuah premis makan di Taman Rinting, di sini ketika serbuan dilakukan di restoran itu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak berkata, insiden kekecohan membabitkan anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) itu berlaku pada pukul 10.25 malam, Khamis lalu.

Katanya, siasatan mendapati operasi yang dijalankan itu selari dengan peruntukan Seksyen 50(1) Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian 2017.

“Di bawah peruntukan undang-undang itu, ia memberi kuasa kepada anggota pihak berkuasa tempatan (PBT) menyita barangan milik premis.

“Dalam operasi itu, MBPG telah menyita 64 kerusi dan 12 meja milik pengusaha restoran itu yang diletakkan di laluan pejalan kaki dari bahagian belakang restoran sehingga menyebabkan halangan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu, tular video yang menunjukkan berlaku kekecohan ketika penguat kuasa MBPG menjalankan operasi di premis berkenaan.

Menurut Mohd. Sohaimi, perbuatan pemilik premis itu menyalahi Seksyen 46(1)(d) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 kerana meletakkan alat guna niaga di tempat awam sehingga berlaku halangan.

Katanya, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... pedas-diserbu-mppg/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.047828 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list