CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4663|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 300 rasai sendiri 'buka puasa'

[Copy link]
Post time 25-3-2024 11:19 AM | Show all posts |Read mode

Para pelancong menjamu selera pada Majlis Iftar Masjid Putra Putrajaya bersama warga bukan Islam hari ini. FOTO BERNAMA

Putrajaya: Rasa kasih sayang dan keprihatinan terhadap kepercayaan dan agama berbeza mendorong seorang pelajar pascasiswazah bukan Muslim meluangkan masa lebih lima jam di Masjid Putra di sini, kelmarin.

Berasal dari North Carolina, Amerika Syarikat, Olivia Price, 24, yang juga penuntut Universiti Malaya (UM) berkata, berada lebih setahun di Malaysia mengajarnya lebih mendalam mengenai masyarakat pelbagai kaum dan perbezaan budaya.

"Saya sedang melanjutkan pengajian sarjana dalam kaunseling, itu sebab lain mengapa saya sangat mengambil berat tentang apa yang orang percaya kerana apa yang anda percaya mempengaruhi tindakan anda.

"...dan saya sangat berminat dengan kepercayaan dan agama berlainan. Saya berpendapat program ini sangat berinformasi dan saya banyak belajar mengenai Islam dan saya merasakan ia ruang yang baik untuk bertanya memandangkan ia sangat membantu kerana saya mahu memahami pandangan berbeza," katanya ketika ditemui pada program Iftar Ramadan Bersama Pelancong Bukan Muslim di sini, kelmarin.


Price antara 300 individu bukan Muslim yang menyertai program anjuran Masjid Putra dan Pusat Islamic Outreach Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) itu.

Berkongsi sentimen sama Del Zook, 24, juga dari North Carolina yang pertama kali berada di dalam masjid dan teruja menyertai majlis berbuka puasa bersama rakan Muslim.

"Memang hebat dapat bersama rakyat Malaysia dan menarik belajar mengenai agama ini (Islam) dan masjid," kata pelajar pascasiswazah semester ketiga UM itu.

Pegawai Perhubungan Awam Masjid Putra Ahmad Najib Aris berkata, program tahunan terbabit dimulakan dengan taklimat ringkas mengenai agama Islam disusuli sesi soal jawab mengenai ibadah puasa oleh petugas ABIM Outreach yang juga dikenali sebagai Mosque Tour Guide dan diakhiri dengan sesi berbuka puasa beramai-ramai.

"Acara signifikan ini bertujuan mengeratkan hubungan sesama masyarakat Islam dan bukan Islam selain mempromosikan keindahan Masjid Putra kepada pelancong," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -sendiri-buka-puasa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:50 PM GMT+8 , Processed in 0.066425 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list