CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4696|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Dikhuatiri didalangi sindiket, manipulasi kanak-kanak

[Copy link]
Post time 25-3-2024 11:22 AM | Show all posts |Read mode

ROSNAH Sardi (tengah) memberi penerangan mengenai kempen ‘Bijak Membantu Elak Tertipu’ kepada pengunjung. FOTO Bernama

Nilai: Orang ramai digalakkan supaya tidak memberi sumbangan kepada golongan pengemis di bazar Ramadan kerana dikhuatiri didalangi sindiket jenayah.

Modus operandi pengemis yang memanipulasikan kanak-kanak untuk meraih simpati pengunjung juga didapati menyalahi Akta Kanak-Kanak 2001.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan, Rosnah Sardi berkata, pihaknya tidak menghalang orang ramai untuk memberi sumbangan kepada golongan itu, namun digalakkan menyumbang ke saluran yang betul.

"Pihak kami memandang serius kegiatan mengemis kerana ia menyalahi Akta Orang Papa 1977. JKM bertanggungjawab menyelamatkan mereka dan ditempatkan di institusi di bawah jabatan.


"Kami harapkan orang ramai beri sumbangan kepada pihak yang betul dan tidak beri kepada pengemis kerana dikhuatiri ada unsur jenayah di sebaliknya," katanya.

Rosnah berkata demikian ketika operasi membanteras pengemis di empat lokasi di sekitar Nilai yang turut disertai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di sini, petang semalam.

Tambahnya, berdasarkan tinjauan pihaknya beberapa hari lalu memang terdapat wanita yang mengemis di salah satu bazar Ramadan bersama seorang kanak-kanak, namun mereka tidak kelihatan ketika operasi berkenaan .

"Tinjauan mendapati seorang wanita bawa kanak-kanak, tidak pasti sama ada anak kandung atau sebaliknya.

"Modus operandi pengemis adalah dengan membawa anak kecil membuatkan pengunjung rasa kasihan untuk beri sedekah lebih-lebih lagi dengan cuaca panas sekarang.

"Perbuatan ini tidak seharusnya berlaku kerana mereka memanipulasi kanak-kanak yang juga satu jenayah dan boleh diambil tindakan. Harap orang ramai berhenti beri kerana mereka tidak wujud, jika (orang ramai) tidak beri (derma).

"Kami galakkan masyarakat supaya memberi sumbangan kepada badan bukan kerajaan (NGO) berdaftar atau institusi masjid supaya sumbangan dapat disalurkan kepada kumpulan sasaran yang betul," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ipulasi-kanak-kanak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.050686 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list