CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3187|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Fauziah penipu katering licik – polis

[Copy link]
Post time 25-3-2024 12:39 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR HIASAN

JEMPOL – Polis meminta kerjasama seorang wanita untuk tampil membantu siasatan berhubung kes penipuan urusan katering di satu majlis di Bandar Seri Jempol, di sini pada 25 Disember tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, wanita berkenaan yang dikenali sebagai Fauziah Abdul Hamid, 40, dengan alamat terakhir dari Taman Alam Budiman, Shah Alam, Selangor, masih tidak dapat dikesan sehingga ke hari ini.

Menurutnya, wanita berkenaan begitu licik sehinggakan dipercayai pernah menghubungi pegawai penyiasat kes melalui individu yang mendakwa sebagai peguam wanita tersebut untuk menyelesaikan kes dengan membuat bayaran kepada mangsa.

“Bagaimanapun kita minta dia (Fauziah) untuk datang ke balai untuk bantu siasatan, namun dia enggan untuk memberikan kerjasama. Berdasarkan siasatan lanjut, syarikat katering berkenaan beroperasi menggunakan nama suami Fauziah dan suami Fauziah juga menghilangkan diri.

“Kes ini masih dalam siasatan polis di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Malah, wanita ini dikehendaki dalam tiga kes lain membabitkan penipuan antaranya di Selangor,” katanya kepada pemberita sebaik selesai sambutan Hari Polis ke-217 peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol, di sini, hari ini.
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... tering-licik-polis/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:02 PM GMT+8 , Processed in 0.316470 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list