CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3302|Reply: 0

[Johor] Guru bahasa Arab diarah bela diri ke amang seksual

[Copy link]
Post time 25-3-2024 02:21 PM | Show all posts |Read mode

Ahnaf Afiq Shairul Bazri diarah membela diri terhadap tuduhan amang seksual terhadap muridnya dalam perpustakaan sekolah - Foto NSTP/Alias Rani

MUAR: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini mengarahkan seorang guru membela diri atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap muridnya dalam perpustakaan di sebuah sekolah rendah di Panchor, Pagoh, lima tahun lalu.

Hakim Abu Bakar Manat membuat keputusan itu selepas mahkamah berpuas hati pihak pendakwaan yang berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh Ahnaf Afiq Shairul Bazri, 33.

Mahkamah kemudian menetapkan 12 dan 13 Mei serta 6 Jun ini untuk tertuduh membuat pembelaan.

Dalam penghakiman itu, mahkamah memberitahu, keputusan mengarahkan tertuduh membela diri dibuat dengan mengambil kira keterangan mangsa selaku saksi pendakwaan (SP) pertama yang boleh dipercayai.

"Selain itu, mahkamah juga mengambil kira keterangan sokongan dua rakan yang juga SP3 dan SP4.

"Mahkamah berpuas hati dan wujud prima facie seperti mana pertuduhan dikenakan terhadap tertuduh. Keterangan mangsa dan rakan sangat kredibiliti dan tidak ada sebab untuk berbohong atau mereka-reka cerita.

"Selepas meneliti semua keterangan ini, mahkamah memutuskan kamu (tertuduh) diarah membela diri," katanya.

Ahnaf Ariq yang juga guru Bahasa Arab dan sudah berkahwin didakwa melakukan amang seksual terhadap muridnya yang ketika itu berusia lapan tahun di perpustakaan sekolah terbabit, antara jam 10.20 hingga 11.20 pagi, 3 Oktober 2019.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Fizikal Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017, dan boleh dihukum mengikut seksyen sama dan dibaca bersama Seksyen 16 (a) akta sama.

Tertuduh juga bakal berdepan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan juga hukuman sebat, manakala Seksyen 16 (1) memperuntukkan hukuman pemenjaraan tidak melebihi lima tahun dan hendaklah dihukum sebatan tidak kurang dua kali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir, manakala tertuduh diwakili Farid Aziz.

Farid memberitahu mahkamah anak guamnya memilih untuk bersumpah dari kandang saksi.

Seramai lima saksi pendakwaan dipanggil sepanjang tempoh perbicaraan berlangsung sejak 2021.
https://www.bharian.com.my/berit ... ri-ke-amang-seksual

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.073244 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list