CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4167|Reply: 0

[Johor] Rogol remaja bawah umur, pekerja kurier kena dakwa lagi

[Copy link]
Post time 25-3-2024 03:48 PM | Show all posts |Read mode

Muhamed Shahidan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tuduhan merogol remaja, enam tahun lalu. FOTO Alias Abd Rani

Muar: Pekerja syarikat penghantar barang yang sedang berhadapan empat pertuduhan rogol dan amang fizikal seksual sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini kerana didakwa merogol remaja bawah umur, enam tahun lalu.

Tertuduh Muhamed Shahidan Esa, 26, yang berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan, bagaimanapun mengaku tidak bersalah merogol mangsa berusia 16 tahun (ketika itu) di sebuah rumah di Kundang Ulu, Tangkak pada 1 pagi, 14 April 2018.

Pertuduhan terbaru ini adalah yang kelima dengan tertuduh boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun dan juga boleh dikenakan sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir, manakala tertuduh diwakili peguam Ahmad Nadzli Rizal.


Terdahulu, pihak pendakwaan memohon mahkamah tidak membenarkan ikat jamin memandangkan kesalahan dilakukan tertuduh serius.

Bagaimanapun, Ahmad Nadzli merayu mahkamah mempertimbangkan supaya anak guamnya dibenarkan ikat jamin pada kadar terendah.

Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.

Pada masa sama, mahkamah mengarahkan tertuduh tidak mengganggu mangsa sehingga kes ini selesai.

Pada Julai 2022, tertuduh dihadapkan ke mahkamah sama atas empat pertuduhan rogol dan amang seksual fizikal membabitkan dua mangsa berbeza.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ier-kena-dakwa-lagi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:11 AM GMT+8 , Processed in 0.176750 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list