CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7324|Reply: 0

[Johor] MB kecewa 13 kaunter tidak beroperasi di Tambak Johor

[Copy link]
Post time 25-3-2024 04:56 PM | Show all posts |Read mode

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi bertanya sesuatu dengan pengguna jalan raya ketika meninjau keadaan kaunter di Tambak Johor. NSTP/Ihsan FB MB.

JOHOR BAHRU: Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyatakan kekecewaan apabila 13 kaunter di laluan kereta di Tambak Johor, tidak dibuka kepada orang ramai sehingga menyebabkan kesesakan, pagi semalam.

Beliau berkata, perkembangan pengoperasian pintu sempadan negara di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) itu dilihat masih belum berada pada tahap kecekapan yang penuh.

Katanya, beliau membuat lawatan mengejut selepas menerima banyak aduan orang ramai.

"Seperti yang pernah saya nyatakan sebelum ini, meskipun isu kesesakan ini semakin baik, itu tidak bermakna kita semua sudah boleh berpeluk tubuh," katanya menerusi akaun Facebook (FB).


Beliau berkata, pihaknya sudah memaklumkan perkara itu kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution dengan harapan agar isu itu tidak berulang.

Katanya, pengoperasian CIQ BSI yang lebih efisien dan konsisten perlu dipertingkatkan ke tahap maksimum.

"Semoga segala usaha bagi melancarkan pergerakan keluar masuk di pintu sempadan ini mampu diurus dengan baik dengan kerjasama daripada semua pihak," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... asi-di-tambak-johor

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:29 AM GMT+8 , Processed in 0.053357 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list